Semasa

Selepas 3 tahun buang tumor, AinuI Mardhiah bersua Iagi dengan Dr Amalina

Selepas tiga tahun ‘berpisah’, kanak-kanak yang pernah menderita kanser ‘germ cell tumor’ di bahagian mulut Ainul Mardhiah kembali bertemu dengan pakar bedah, Dr Amalina Che Bakri.

VIDEO DI BAWAH SEKALI

Menerusi satu posting di Instagram, ibu Ainul iaitu Nurul Erwani Zaidi dilihat bergambar bersama anak sulungnya itu serta Dr Amalina di sebuah restoran di ibu negara sehingga mengundang perhatian netizen.

Difahamkan, kali terakhir mereka bertemu adalah pada 2019 ketika kanak-kanak tersebut selamat menjalani pembedahan oleh sepasukan doktor pakar di London, United Kingdom (UK).

Dr Amalina yang turut berkhidmat di UK menjadi antara orang terpenting dalam kisah kehidupan Ainul kerana bertungkus lumus menguruskan dan menjayakan pembedahan berkenaan.

Posting tersebut menerima lebih 12,000 tanda suka selain ratusan komen netizen yang gembira melihat pertemuan itu apatah lagi Ainul dilihat semakin membesar dengan sihat.

Dr Amalina dan suaminya, Alexander Charles kini berada di tanah air sekali gus pulang ke kampung halaman yang terletak di Johor Bahru selepas menjalani kuarantin menerusi program Gelembung Pelancongan Antarabangsa Langkawi (LTIB).

Sumber: Ohmymedia, Instagram Nurul Erwani Zaidi

Leave a Reply

Your email address will not be published.