Semasa

Selepas Tular Video Isteri DDNK dan Caprice, Akhirnya Bekas Isteri DDNK Bongkarkan Semuanya “Kebenaran pasti menang..”

Sebelum ini Atielia De Sams telah menitipkan ucapan tahniah atas perkahwinan baru bekas suami yang juga bekas pakar pelaburan saham Datuk Dr Mohd Nazri Khan Adam Rasol Khan bersama isteri barunya, Tuan Nor Ernie Rossmeris Tuan Zahari.

Bukan itu sahaja, bekas isteri kepada Mohd Nazri itu ada memuat naik satu status yang sedikit sebanyak menimbulkan persoalan kepada ramai pihak mengenai perkahwinan pakar pelaburan saham itu beberapa hari yang lalu.

Menurut status tersebut, Atielia seperti mempersoalkan bagaimana perkahwinan tersebut dapat diteruskan sedangkan sijil cerai masih lagi belum dikeluarkan pihak mahkamah.

“Kalau nikah satu lagi di hotel, saya nak tanya, siapa bagi kebenaran bernikah sedangkan sijil cerai saya pun belum release lagi dari pejabat agama? Perintah cerai pun belum release (dikeluarkan).”

Akan Bongkarkan Semua Di Mahkamah

Terbaru! Menerusi Facebook milik Atielia, dia mengatakan yang selama ini dia berdiam diri dan akan dedahkan semuanya di mahkamah.

Dua hari lepas, Atielia ada memuat naik satu status yang telah menimbulkan persoalan kepada ramai pihak mengenai perkahwinan pakar pelaburan saham itu.

Atielia seperti mempersoalkan bagaimana perkahwinan tersebut dapat diteruskan sedangkan sijil cerai masih lagi belum dikeluarkan pihak mahkamah.

Apa pandangan korang? Semoga semuanya dipermudahkan lah ya.

Kredit: Facebook Atielia De Sams

Leave a Reply

Your email address will not be published.