Semasa

Berdepan 11 Tuduhan Gangguan SeksuaI, Ini Tindakkan yg Akan UEL Terima, Bakal Dibicarakan September ini

Pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan bin Ibrahim Lew, 38 akan dibicarakan di Mahkamah Majistret Tenom, Sabah pada 27 hingga 30 September depan di atas 11 tuduhan gangguan seksuaI.

Untuk makluman, pada 18 Februari lalu, pendakwah berkenaan  telah dihadapkan ke Mahkamah Litar Pejabat Daerah Tenom, Sabah bagi menghadapi 11 pertuduhan berkaitan gangguan seksval.

Walau bagaimanapun, Ebit bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani.

Pendakwah yang terkenal dengan tagline ‘Allah Sayang’ itu juga telah dibebaskan dengan jaminan RM1,000 bagi setiap pertuduhan dengan dua penjamin.

Terdahulu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman memaklumkan yang Ebit berdepan pertuduhan membuat penghantaran gambar dan perkataan lucah dengan bermaksud mengaibkan kehormatan seseorang melalui aplikasi WhatsApp.

Sumber: The Merdeka Times

Leave a Reply

Your email address will not be published.