Semasa

Perginya Pejuang Seni, Bob Lokman Dilaporkan Telah MeninggaI Dunia di Hari Jumaat Mulia

Hari ini kita dikejutkan dengan pemergian pelakon dan penulis liri lagu Isabella, Mohd Hakim bin Lokman atau lebih dikenali sebagai Bob Lokman.

Berita pemergian pada hari Jumaat yang mulia ini telah disebarkan rakan-rakannya termasuk dari kumpulan nasyid Inteam.

Perkara ini disahkan isterinya, Relawati Daud kepada rakan rapat Allahyarham, Datin Marlia Musa sekitar jam 3 petang tadi.

“Saya baru dapat berhubung dengan isterinya dan dia mengesahkan pegawai kesihatan masih berada di kediaman mereka untuk pengesahan kematian,” kata Marlia, ketika dihubungi Astro AWANI, pada Jumaat.

Bob atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman, merupakan penulis lirik beberapa lagu popular, Isabella dan Taman Rashidah Utama dan banyak lagi.

Bob sebelum ini pernah dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan akibat komplikasi jantung.

Arwah ketika itu bergantung pada alat bantuan jantung, Implantable Automatic Cardioverter Defibrilator (IADC).

Sejak beberapa tahun lalu, Bob pernah menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Kedah akibat masalah jantung.

Arwah juga pernah dimasukkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Rawatan Sultan Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Sasmec@lIUM) di Kuantan, Pahang ekoran kesihatannya kembali menyusut akibat masalah buah pinggang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.