Semasa

Bapa Penunggang Ke-5 yg Maut Dlm KemaIangan Rempiit Tampil Dedah Sesuatu Mengejutkan

Georgetown: Mangsa kelima kemalangan motosikal di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di sini, meninggal dunia, 2.15 petang, semalam.

Mangsa, Mohd Haziq Harris, 34, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang (HPP).

Pada masa ini, ahli keluarga sedang berkumpul di Jabatan Perubatan Forensik HPP bagi urusan bedah siasat.

Bapa mangsa, Harris Shariff, 71, ketika ditemui berkata dia reda dengan kejadian yang menimpa anaknya.

Dalam kejadian awal pagi kelmarin, empat maut selepas motosikal ditunggang mereka terbabit kemalangan termasuk kereta.

Tiga mangsa maut di lokasi kejadian, manakala seorang lagi meninggal dunia ketika menierima rawatan di Hospital Pulau Pinang.

Reda pemergian arwah

Katanya, sebelum ini dia tidak rapat dengan Mohd Haziq namun abangnya menunjukkan sikap penyayang sejak kebelakangan ini.

“Dulu dia hanya ‘buat hal’ sendiri, namun kebelakangan ini, kami menjadi rapat dan dialah tempat saya mengadu semua masalah atau jika ingin bercerita.

“Kami sekeluarga selalu menasihatinya supaya berhati-hati ketika menunggang motosikal tetapi tidak sangka nyawanya melayang dalam insiden itu,” katanya ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik HPP, di sini, hari ini.

Dalam kejadian pada jam 4.40 pagi itu, tiga penunggang motosikal maut dilokasi manakala seorang lagi meninggal dunia ketika menerima rawatan di HPP.

Ia menjadikan keseluruhan lima yang maut dalam nahas itu manakala dua lagi masih dirawat di hospital yang sama.

Sementara itu bapa, Harris Shariff, 71 berkata, kali terakhir dia bertemu dengan anak ketiganya itu ialah pada jam 11.30 malam sebelum kejadian dan Mohd Haziq membeli beberapa keperluan dapur.

Katanya, ketika itu dia menasihati Mohd Haziq supaya tidak keluar bersama rakannya pada malam minggu berkenaan.

“Selepas itu dia keluar rumah dengan menaiki motosikal milik abangnya dan beritahu mahu keluar sekejap sahaja.

“Memang hancur hati saya bila mengetahui dia terbabit kemalangan dan cincin yang dibeli kepada saya beberapa bulan lalu akan menjadi kenangan.

“Jika sudah ajal, cepat atau lambat tiada sesiapa pun yang mampu menghalangnya,” katanya lagi.

Jenazah mangsa akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam berhampiran Permatang Tok Elong, Bukit Mertajam.

Sumber Kosmo, Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published.