Semasa

Dahlah Terpaksa Sambut Raya Mengejut, Pemuda Pasrah Apabila Bibir Membengkak Selepas Dicium Lebah

Siapa yang tak kalut apabila hari raya yang dijangka jatuh pada 3 Mei 2022 ternyata ‘tiba’ lebih awal daripada jangkaan.

Sudah tentu hampir seluruh masyarakat Islam di Malaysia merasai kekalutan tersebut dan ada yang ‘tak cukup tangan’ menyiapkan persediaan berhari raya.

Namun begitu, orang tua-tua selalu berpesan yang malang itu tidak berbau.

Hal tersebut turut dilalui sendiri oleh pengguna TikTok dikenali sebagai Fakri Syakirin apabila bibirnya membengkak dengan teruk pada malam raya.

Perkongsian pemuda ini telah mendapat simpati netizen, yang mana rata-rata mereka mendoakan agar dia tabah hadapi dugaan.

Rakaman Video ada di Bawah Sekali

“Moga bertabahlah ye..”

“Nanti pakai mask je bang..”

“Dugaan malam raya kena sengat lebah,” tulisnya ringkas.

Dapat dilihat bibir pemuda tersebut sedang membengkak dan ia mulai merebak ke bahagian pipi juga.

Perkongsiaan tersebut telah ditonton lebih daripada 700 ribu pengguna TikTok dan ramai yang menzahirkan rasa kasihan walaupun terpaksa menahan tawa.

Walau bagaimanapun, masih ada juga yang prihatin dengan mendoakan agar pemuda itu segera sembuh dan mendoakan agar dia kuat menghadapi ‘dugaan’ di hari raya ini.

Sumber: TikTok @fakrisyakirin

Leave a Reply

Your email address will not be published.