Semasa

“Kat kubur pun nak buat projek..” Wanita Menangis, Bila Buka Kereta Terlihat Sesuatu yg Mengejutkan

Siapa sangka niat sebuah keluarga untuk menziarahi kubur berakhir dengan tragedi apabila mendapati kenderaan yang dinaiki telah berlaku sesuatu mengejutkan.

Dikatakan kejadian tersebut berlaku di Tanah Perkuburan Lipat Kajang, Klang semasa ahli keluarga berkenaan sedang menziarahi kubur dan mendapati keadaan kereta tidak terurus.

Kereta Dirompak

Menerusi perkongsian Fathiah Mohd di laman sosial Twitter, mangsa tidak sengaja tertinggal beg tangan di dalam kereta dan perompak memecahkan tingkap kereta mangsa untuk mengambil beg tangan.

Berdasarkan maklumat yang diberi, wang berjumlah RM8000 berserta beberapa dokumen penting dapat dilarikan oleh perompak dalam kejadian berikut.

Beralih ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa marah terhadap perompak dan berasa simpati dan berharap agar mangsa tidak meninggalkan sebarang jenis barang berharga di dalam kereta kerana perbuatan itu berbahaya dan boleh menarik aktiviti-aktiviti jenayah.

Leave a Reply

Your email address will not be published.