Semasa

Gara² Ingin Kurus, Gadis 19 Thn yg Buat Pembedahan Buang Lemak Sebanyak 32kg Akhirnya Mninggal Dunia

Seorang remaja berusia 19 tahun meninggal dunia selepas menjalani rawatan sedut lemak untuk membuang kira-kira 31.7 kilogram (kg) lemak daripada badannya.

Gadis tersebut yang bernama Mina dibawa menemui doktor yang membedahnya dalam keadaan berkerusi roda seminggu selepas menjalani prosedur tersebut.

Foto: BBC

“Dia bawa kami ke dalam bilik dan Menna memberitahu doktor bahawa dia sedang menahan rasa sakit yang sangat besar dan rasa sakit tersebut mungkin akan membunuhnya.”

Doktor tersebut kemudian meletakkan punca rasa sakit tersebut pada jahitan di tempat pembedahannya, dan mereka berdua diminta pulang ke rumah.

Pada malam tersebut, Menna ditemui di atas katil dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Dia kemudian meninggal dunia akibat darah beku pada paru-paru dan perut, keesokan harinya.

Dalam pada itu, doktor berkenaan, Mina Gerges memberitahu BBC bahawa dia tidak melakukan sebarang kesilapan ketika merawat Menna dan enggan mengulas lanjut kes itu bagi melindungi rahsia pesakit.

Kematian Meena dirujuk sebagai embolisme selepas sedutan lemak. Tiada sebarang bedah siasat dijalankan atau dakwaan kes jenayah dikenakan.

Pelajar jurusan undang-undang itu dilaporkan berduka cita kerana memiliki berat badan 101 kg.

Menurut rakan-rakannya, Menna sering bertanyakan soalan-soaln yang berkaitan dengan rupa parasnya.

Memang saya gemuk sangat ke?

Saya tak cukup cantik ke?

Susulan rasa kurang keyakinan terhadap badannya, Menna mendapatkan maklumat mengenai doktor bedah plastik itu secara online.

Sumber: Mirror UK

Leave a Reply

Your email address will not be published.