Semasa

“Saya tak akan teragak-agak untuk ambil tindakkan, termasuk fitnah..” – Isteri DDNK Beri Amaran

Isteri kepada Datuk Dr Mohd Nazri Khan iaitu Datin Tuan Nor Ernie Rossmeris tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang mencerobohi privasinya.

‘Amaran’ tersebut dimaklumkan menerusi laman Instagram miliknya dengan memuat naik dua posting InstaStory berbentuk tulisan, malam tadi.

“Tolong hormat gambar dan privacy saya. Saya akan ambil tindakan yang wajar jika gambar saya disalah gunakan…

“Termasuk segala fitnah yang disebarkan. Terima kasih,” tulisnya.

Sebelum ini, Ernie menafikan dia berkahwin disebabkan wang ringgit sebaliknya kagum dengan sikap suami yang tidak berputus asa dalam usaha menambat hatinya.

Terdahulu, kisah Mohd Nazri atau lebih dikenali sebagai DDNK mengundang perhatian warganet apabila kembali bergelar suami selepas berpisah dengan isteri pertama.

Dia yang popular menerusi tagline ‘Tak Handsome Tak Apa Janji Kaya’ di corong-corong radio kemudian diraikan dalam sebuah majlis di di hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Memetik laporan media, pakar saham berusia 47 tahun itu mula mengenali isterinya ketika menyampaikan satu ceramah di sebuah universiti tahun lalu sebelum ke fasa lebih serius.

Sumber: Instagram Ernie Rossmerie & LHMEDIATV

Leave a Reply

Your email address will not be published.