Semasa

Gadis Cantik Terperanjat Terima Lebih 2 Ribu Permohonan Jadi Suami, Netizen Nampak Ramai Selebriti

Di Twitter, seorang gadis yang dikenali sebagai Faye membantu rakannya untuk mencari jodoh.

Menurut Faye, rakannya iaitu Syafiqah Ghazali sudah bersedia untuk menjadi isteri dan tidak kisah untuk menamatkan zaman bujangnya pada tahun ini.

Siapa sangka, tweet tersebut telah mendapat sambutan di luar jangkaan.

Tidak sampai 2 jam, Syafiqah telah menerima 511 borang permohonan. Lebih mengejutkan, permohonan tersebut semakin meningkat dari masa ke semasa.

Ujar Syafiqah, dia perlu mengambil sedikit masa untuk membaca kesemua permohonan yang telah dihantar kepadanya.

Sumber: Faye

Leave a Reply

Your email address will not be published.