Semasa

Jadi punca kemalangan, tiga pelajar sekolah maaut ditembak pemandu BMW

Bangkok: Tiga pelajar maut ditembak, manakala motosikal mereka dibakar selepas kemalangan membabitkan sebuah kereta BMW di Khao Phanom, di wilayah Krabi, pada awal pagi Selasa.

RAKAMAN ADA DI BAWAH SEKALI

Bangkok Post melaporkan, suspek lelaki berusia 42 tahun kemudiannya ditahan selepas polis mengepung sebuah kedai tayar kereta di Tamron Phru Tiew, Khao Phanom.

Semua mangsa berusia 18 tahun dan pelajar di sebuah sekolah menengah di Khao, daerah Phanom.

Nonthaphan ditembak pada bahagian muka dan dua remaja perempuan berkenaan ditembak di bahagian belakang.

Berdasarkan laporan media tempatan, BMW milik suspek terbabit kemalangan dengan motosikal dinaiki remaja terbabit.

Selepas perlanggaran, suspek keluar dari kenderaannya lalu menembak remaja berkenaan.

Kes itu masih dalam siasatan.

“Ni jenis hati kering panas baran tanpa belas kesian, nasib baik Malaysia tak mcm tu, sebab tu kalau berlaku sesuatu di jalan raya control lah kemarahan kita jgn terlalu mengikut emosi kelak padahnya memakan diri sendiri… Hukuman gantung je sesuai utk org mcm tu…..ermmmm…” – Norasly

“Pakcik aku penah melancong ikut rombongan 10 tahun lalu ke thailand katanya ada satu daerah d thailand ble di katakan semua org ada pistol dekat pinggang jual sayur jual ikan pun ada pistol sisip di pinggang klu nk melancong ke thailand jagan main2 buat hal kat sna org sna gaduh sikit sala fam cabut pistol trus tembak seram” – JohnLee

“DiSebabkan eksiden sedikit shj Moto dgn kete sampai tembak bunuh terus. Lagi power. Kesimpulannya Aku bersyukur duduk dimalaysia” – Bajang

“Bersyukur duduk dimalaysia . Sistem keselamatan negara Dan kedaulatan negara terus dihormati . Netizen Malaysia hny liar dalam facebook tapi lembut di luar” – Fitri Shah

Sumber BangkokPost

Leave a Reply

Your email address will not be published.