Semasa

2 Thn Tak Bayar Sewa, Rumah Rosak Teruk, Rupanya ini Indentiti Penyewa yg Mengejutkan

SUDAHLAH sewa tak dibayar sampai dua tahun, rumah pula ditinggalkan dalam keadaan tunggang terbalik.

Berkongsi gambar dan video keadaan rumah keluarganya yang rosak teruk, seorang wanita meluahkan rasa terkilannya dengan sikap penyewa yang lepas tangan.

“Sedihnya, dua tahun penyewa tak bayar sewa tinggalkan macam tu je, call tak dapat, lepas PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) baru dapat tengok rumah, tahu-tahu jadi macam ni,” tulisnya.

“Akak tengah pantang anak ketiga, masa tu dia beritahu akan bayar lambat sikit sebab nak balik Kelantan ada urusan.

Tapi lepas akak habis pantang pun check akaun masih tak ada bayaran,” ceritanya, sambil menambah nombor telefon penyewa tersebut juga sudah tidak dapat dihubungi.

Disebabkan PKP, dia hanya berpeluang untuk melawat rumah keluarganya itu pada 5 November lalu, iaitu selepas dua tahun.

“Memang masa tu tekad nak serbu je, tengok-tengok rumah jadi teruk macam tu.

“Penyewa tu ada buka kedai makan di bawah, tapi bila akak check dengan penduduk di situ beritahu pekerja-pekerja kedai makan dia yang duduk rumah sewa tu, semuanya orang Thailand.

“Patut la jadi macam tu sebab duduk ramai-ramai, memang tak maklum pun.

Siap buat pengubahsuaian lagi, dia buat partition dekat ruang tamu jadi macam bilik,” ujar anak sulung dari empat beradik ini.

Mereka melakukan pengubahsuaian ‘haram’ dengan meletakkan papan untuk dijadikan sebuah lagi bilik di ruang tamu.

Menurut Adila, kedai makan penyewa terbabit telah ditutup dan kesemua pekerjanya berkemungkinan telah pulang semula ke negara asal.

Adila dan keluarganya kini berdepan situasi sukar apabila mereka terpaksa mengeluarkan belanja yang tinggi untuk membaikpulih rumah tersebut.

“Buat masa sekarang kami tak plan nak sewa lagi, nak kemas apa patut dulu, tapi pada masa depan InsyaAllah.

Cuma kami akan lebih berhati-hati, pastikan ada perjanjian sebab rasa trauma bila dapat penyewa macam ni.

“Dah tanya orang nak tolong kemas, kos upah je mungkin mencecah RM1,000 ke RM2,000 sebab banyak nak kena angkut, lagi satu rumah tingkat lima pula.

“Bila api air pun dah kena potong, bil air lebih RM600, bil elektrik kami tak periksa lagi,” katanya sambil menambah rumah tersebut sebelum ini disewa pada harga RM400.

Adila sempat menitipkan pesan kepada semua penyewa supaya lebih bertanggungjawab dan menjaga rumah yang disewa sama seperti rumah sendiri.

“Silap kami sebab tak periksa selalu rumah tu, satu lagi sebab terlalu percayakan orang sebab sebelum ini penyewa selalu update kalau lewat bayar.

“Mak akak pun kata tak apa la tak payah panjang cerita asalkan dapat rumah balik okay dah.

“Saya cuma nak berpesan dan harap ini dijadikan peringatan kepada sesiapa yang menyewa tu jaga la rumah yang kita sewa macam rumah sendiri, jangan buat naya tuan rumah, kesian, banyak kos nak baiki,” katanya.

Sumber : m star

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published.