Semasa

Pendakwah Terkenal yg MER0G0I Gadis Bwh Umur 14 Tahun, Akhirnya Ditahan PoIis

Seorang penceramah bebas telah ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor pada Isnin selepas didakwa merog0l seorang remaja perempuan berusia 14 tahun.

Memetik Sinar Harian, Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi berkata, pihaknya menerima laporan polis daripada mangsa pada jam 11.15 malam Sabtu.

Kejadian itu sama sekali telah mengejutkan netizen, rata-rata mereka kenal penceramah bebas tersebut.

Hasil siasatan awal mendapati, pengadu telah berkenalan dengan suspek yang merupakan seorang lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 30-an sejak Mei tahun lalu.

“Bermula dari perkenalan tersebut, pengadu dan suspek telah beberapa kali melakukan hubungan intiim di beberapa lokasi yang berbeza,” katanya.

Suspek telah pun ditahan sepasukan Pegawai dan anggota Polis dari Jabatan Siasatan Jenayah IPD Kuala Selangor pada jam 4.50 petang semalam.

Suspek telah direman selama lima hari bermula Selasa hingga Sabtu ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Leave a Reply

Your email address will not be published.