Semasa

Kerap Keluar Makan Bersama Anak² Shuib, Status Terbaru Wan Sharmilla Akhirnya Menjawab Semua Persoalan Netizen

Perkongsian terbaru di Instagram allahyarham Siti Sarah Raisuddin telah membuatkan ramai netizen tersenyum.

Dan hadir pelbagai spekulasi baru setelah pelakon, Wan Sharmilla dilihat makan bersama-sama anak arwah, Dzahira Talita Zahra.

Dalam kapyen yang disertakan juga pelakon drama Tujuh Hari Mencintaimu itu turut menyatakan yang dia sama seperti Dekta yang sudah tidak mempunyai ibu juga.

Menjengah keruangan komen di Instagram, ramai yang meninggalkan komen dengan mengatakan tekaan mereka benar.

Ia selepas beberapa hari lepas tular video Dekta bersama seorang wanita misteri.

Ada juga yang mendoakan agar Wan Sharmilla untuk menjadi ibu kepada Dekta namun ia sekadar usikan nakal buat Shuib sahaja.

Sebelum ini, video Dekta memeluk seorang wanita dengan kapsyen ‘aunty kesayangan’.

Ia telah membuat pelbagai spekulasi berkaitan individu yang dikatakan sedang dekat dengan Shuib.

Walau bagaimanapun, kapsyen yang berlegar di Instagram itu cuma sekadar konten berkaitan kerja.

Dan hanya peminat sahaja yang menulis pelbagai andaian kerana mahu melihat pelawak tersebut mencari pengganti.

Sumber: Instagram sitisarahraisuddin, lala.sharmilla

Leave a Reply

Your email address will not be published.