Semasa

Nama Kena Petik Netizen Terlibat Kes Amang Sksual, Ini yg Berlaku di IG Pendakwah Tersebut

Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai laporan selebriti lelaki terkenal ditahan polis dipercayai melakukan amang sksual fizikal terhadap beberapa remaja lelaki bawah umur.

Perkongsian di Twitter itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mendakwa individu yang dimaksudkan itu adalah seorang PU.

Selebriti lelaki itu telah dihadapkan ke Mahkamah Klang, Selangor pagi Khamis lalu dan direman selama enam hari untuk membantu siasatan kes tersebut.

Terbaru, tular perkongsian di Twitter mendakwa suspek berusia 40 an itu adalah seorang penceramah bebas, pengacara dan pelakon lelaki yang membawakan watak memberi nasihat.

Selain itu, suspek pernah memenangi program berkaitan ummah dalam penglibatan kariernya.

Tidak kurang juga, hasil tinjauan netizen mendapati selebtiti itu tidak muncul di segmen pagi di radio sejak semalam.

Dalam pada itu, ada yang memuat naik paparan  biodata dan maklumat mengenai selebriti itu yang diambil di Wikipedia dimana memberi hint pada ciri-ciri yang dimaksudkan.

Sementara itu, diruangan komen Instagram selebriti itu ramai yang meninggalkan komen untuk mengetahui kesahihan mengenai perkara tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published.