Semasa

Duit Makin Susut dan Stesen TV Seolah Gam Namanya, Akhirnya Shuk Sahar Tidak Dapat Menahan Sebak

Sejak tahun lalu, hangat diperkatakan kembali mengenai rumah tangga Shuk Sahar apabila isterinya, Rossa Sera sering berkongikan luahan hati serta mendedahkan wujudnya orang ketiga.

Baru-baru ini, perkongsian Shuk di aplikasi TikTok menjadi perhatian ramai apabila memuat naik video bersama anak perempuannya, Ain.

Lama Tak Dapat Job, Shuk Sahar Akui Nama Ditolak Stesen TV

Memetik mStar Online, Shuk mengakui namanya ditolak stesen televisyen. Sedar mengenai perkara itu, Shuk berharap stesen TV mengeluarkan kenyataan secara rasmi kepadanya.

Ujarnya lagi, dia juga ingin tahu berapa lama namanya akan disenarai hitam pihak berkenaan.

“Sebenarnya ada beberapa kali saya dah lock job tapi bila nak mula shooting saja, tiba-tiba stesen TV tak lulus. Saya sendiri tak faham adakah saya betul-betul kena banned?

“Sebab tak ada kenyataan atau surat. Kalau betul-betuk saya kena banned, tolinglah bagi surat atay beritahu tempoh masa. Supaya saya dapat atur kehidupan.

“Katakan saya kena banned enam bulan, jadi saya ada masa itu untuk aturkan kehidupan saya macam mana. Saya ada tanya produksi tapi mereka pun tak beri jawapan,” katanya.

Sebelum ini, Shuk terpaksa menjual rumahnya pada harga RM1.2 juta dan meluahkan rasa syukur rumahnya itu sudah pun dibeli oleh usahawan muda.

“Alhamdlillah, rumah saya dah ada orang beli. Dia seorang usahawan yang muda daripada saya. Kebetulan dia menyewa di kawasan itu dan mencari rumah di kawasan itu.

“Dah jual pun rumah itu, memang sedih sebab rumah pertama saya. Masa itu juga saya masih bekerja di Hot FM, saya guna semua duit untuk ubah suai rumah itu.

“Tapi tak sangka macam-macam jadi sehingga saya terpaksa jual rumah. Sebab saya tak dapat nak tanggung kehidupan. Shooting pun dah tak ada, daripada kena lelong baik jual.

“Dapat duit sikit, dapat guna untuk teruskan kehidupan saya sekarang. Sebab setakat ini perniagaan dan buat review menjadi punca pendapatan saya,” katanya

Leave a Reply

Your email address will not be published.