Semasa

Lelaki yg BeIasah Ustaz, Pelajar Tahfiz Diketahui, Hinggakan Syamsul Yusof Terpaksa Buat Kenyataan Mengejutkan

Sejak semalam, video sekumpulan lelaki yang menyerang pelajar-pelajar dan tenaga pelajar di sebuah pusat tahfiz telah tular di medoa sosial.

Video yang dikongsikan oleh pengguna Instagram dikenali sebagai Fazlin 1215 telah membuatkan  banyak pihak geram dengan tindakan biadap mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fazlin 1215 (@act431_775)

Difahamkan, lelaki terbabit telah menyertai gathering RXZ di Terengganu dengan menggunakan kereta jenis 4×4 Isuzu Dmax bernombor plat AGM 4666.

Selain itu, pengarah tersohor, Syamsul Yusof juga menggesa pihak berkuasa segera ‘mengutip’ pelaku tersebut kerana bimbang berlaku pertumpahan darah memandangkan isu tersebut sangat sensitif.

Dia meminta agar mana-mana pihak terutamanya mereka yang mempunyai follower ramai untuk menularkan wajah suspek supaya dia segera ditahan selepas melakukan kekacauan di tempat ibadah umat Islam.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fazlin 1215 (@act431_775)

Untuk makluman, video kejadian tersebut telah dirakam di pusat tahfiz dekat Jalan Cheneras di Kuala Lipis pada hari Khamis lepas.

Dalam kejadian tersebut tenaga pengajar yang ada di dalam video telah mengalami kecederaan di mata sebelah kanan dengan menerima empat jahitan, tangan dan lebam di badan manakala pelajar cedera di badan.

Difahamkan, kejadian dikatakan berpunca daripada rasa tidak puas hati terhadap tenaga pengajar tersebut berkaitan pembayaran makanan di pusat tahfiz berkenaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fazlin 1215 (@act431_775)

Sumber; Instagram act431_775yusufazmi_s1msyamsulyusoffilm

Leave a Reply

Your email address will not be published.