Semasa

Lepas Kecoh Nasi Arah Chef Amar Harga ‘Tel4v1v’ . Seorang Lelaki Ini Tampil Berani Bersemuka Dengan Chef Ammar Di Bazaar Stadium Shah Alam.Skali Ini Yang Lelaki Itu Pesan

 

Bulan puasa tahun ini jika anda perasan seperti biasa sebelum kita diperkenalkan dengan PKP. Jumlah pengunjung yang datang untuk membeli juadah berbuka puasa sangat ramai.

Video penuh di bawah sekali

Tidak kira di bazaar ramadan mana, memang ramai yang datang. Alhamdullilah, setelah 2 tahun peniaga kurang pendapatan tetapi tahun ini mereka dapat merasa pendapatan seperti dulu.

Tetapi satu nama yang tular sejak dari awal ramadan dan ianya tentang Chef Ammar dan nasi arabnya. Tular di media sosial baru baru ini tentang satu video dimana Chef Ammar naik angin apabila ada orang labelkan makanan dia mahal seperti harga TelAviv.

Ramai yang menyokong kenyataan tersebut tetapi ramai juga yang menyokong Chef Ammar kerana produk makanan yang dikeluarkan adalah berkualiti dan bahan bahan adalah mahal premium.

Ingat Ramai Orang Tak Datang Tapi Sejak VIral Makin Ramai

Dilabel jual juadah harga Tel Aviv, Chef Ammar tersinggung

Siapa sangka viral video tersebut membuatkan ramai yang ingin merasa air tangan Chef Ammar sendiri.

Mereka sanggup beratur panjang dalam tempoh yang lama semata mata untuk merasa. Harga tidak menjadi masalah kerana menurut Chef Ammar sejak dari 1 Ramadan makanan selalunya habis.

Jadi setiap makanan pada keesokkan harinya adalah dimasak baru dan segar.

Chef Ammar Ditegur Supaya Kawal Orang Beli

Hari ini tular di Tiktok tentang seorang lelaki datang berjumpa dengan Chef Ammar. Video ini dimuat naik oleh pengguna Tiktok @mrbukhari46.

Dia meminta Chef Ammar untuk mengawal pembelian setiap pelanggan supaya orang lain yang beratur dapat merasa dan tidak pulang hampa apabila tiba tiba makanan habis.

Apa yang disuarakan oleh lelaki itu kepada Chef Ammar ada benarnya. Tetapi agak susah nak kawal kerana kebiasaanya yang beratur munkin mengambil pesanan dari keluarga atau rakan rakan.

Anda lihat sendiri video dibawah. Kuatkan volume untuk dengar perbualan mereka.

ANTARA KOMEN NETIZEN

VIDEO DI BAWAH

Sumber : Tiktok @mrbukhari46

Leave a Reply

Your email address will not be published.