Semasa

Masa Arwh ayah dimasukkan ke liang lahad,saya tersedar sesuatu .”Dah puas kejar dunia” Masa tu saya dah ada segala-galanya.

Tentu ramai peminat ‘rock kapak’ kenal dengan figura ini yang telah cuci tangan meninggalkan dunia glamor ketika beliau berada di puncak populariti.

Pemilik nama sebenar, Nurzul Suphia’an Sa’ban, 45, atau lebih dikenali sebagai Zul Handy Black meluangkan masa dengan Mingguan Malaysia, berkongsi kisah silam dan kehidupannya selepas h!jrahnya hari ini.

VIDEO LAGU DI BAWAH SEKALI

” Pada awal 90-an sebelum bergelar artis, saya bekerja sebagai pelukis di kaki lima kompleks Terminal One di Seremban.

” Saya juga diberitahu kumpulan ini akan dijenamakan semula dengan konsep baru kerana menurut mereka demand rock kapak ketika itu sudah berkurangan.

” Ketika sesi audition ada tiga penyanyi lain turut serta. Ketika itu saya tidak menaruh sebarang harapan.

” Namun mungkin sudah tertulis itu rezeki saya agaknya apabila pihak A&R yang di ketuai oleh Zul 2 by 2 sebulat suara memilih saya,” ujarnya panjang lebar.

Untuk menjadikan beliau lebih serasi dengan anggota Handy Black, Zul diminta untuk tinggal bersama gitaris utama kumpulan berkenaan iaitu Rosli Jantan atau Lee. Menurut Zul, ketika itulah dia diajar pelbagai teknik dan konsep yang mereka mahukan.

Tidak dapat dinafikan wujudnya tekanan dan kurang keyakinan diri, tetapi apabila teringat memikirkan minat dan percaya itu sebagai ‘rezeki baharunya’ dia meneruskan dengan penuh tekad dan keyakinan. Bak kata pepatah, alang-alang menyeluk pekasam biarlah sampai ke pangkal lengan.

Sejak saat itu, dia mula mendekatkan diri dengan ag4ma dan meninggalkan apa yang dil4rang.

Pada mulanya ramai rakannya terkejut dan tidak kurang juga yang memandang serong mencurigai dengan penghijr4hannya, tetapi berbekalkan dengan kecekalan dan semangat yang ada, menjadikan dia tetap istiqamah bertahan tanpa mempedulikan persepsi negatif yang ada di sekelilingnya.

” Untuk menjadi mahsyur, popular dan dikenali tidak semestinya menjadi artis sahaja.

” Cuba tengok sekarang ini para ulama dan ustaz juga mampu meraih populariti atas kerja-kerja dakwah mereka. Tidak perlu ada kerisauan dalam hijrah. Hijr4h bukan bermakna kau tinggalkan hal dunia.

” Memang AIIah SWT itu menguji kita, namun percayalah rezeki AIIah itu ada di mana-mana.

Bak kata guru saya, d4kwah itu bukan pekerjaan, tetapi dalam setiap pekerjaan, dakwah tetap kena jalankan,” katanya

Menurutnya, pada masa kini beliau sering dijemput memberi ceramah mengenai penghijrahannya, namun bagaimanapun jemputan persembahan pentas masih diteruskan dengan syarat-syarat ditetapkan, misalnya di majlis berkenaan tidak boleh ada unsur-unsur m4ksiat dan tidak bermoral seperti hidangan ar4k dan sebagainya.

” Sekarang ini bila tengok lakonan dulu pun terasa malu. Dalam hati berkata juga, kenapalah aku buat macam ini dulu.

” Sama juga ketika saya menghadiri majlis perkahwinan. Bila ada orang yang menyanyikan lagu karaoke saya, saya akan cakap dengan mereka secara bergurau “Eh, tak payah tengoklah video klip tu…nyanyi dengar muzik sahaja sudahlah. Malu aku tau!..” katanya ketawa sambil mengakhiri perbualan.

VIDEO LAGU DI BAWAH

Sumber video youtube buskers malaysia

Sumber Utusan

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.