Semasa

Terdengar Bisikan Suara Halus, Gadis 19 Tahun Naik ke Tingkat 5 Banggunan Menyuruhnya Terjun Akhirnya Diselamatkan

SHAH ALAM – Masalah kesihatan dan kemurungan dipercayai punca seorang remaja perempuan cuba terjun dari tingkat lima sebuah pusat beli belah di Seksyen 7 di sini, petang tadi.

Kejadian kira-kira pukul 6 petang itu disedari orang awam yang terkejut melihat remaja berusia 19 tahun berkenaan bersendirian di atas bangunan tersebut.

Rakaman Video ada di Bawah Sekali

Tambah Norazam, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Siasatan awal mendapati remaja berkenaan bekerja di sebuah syarikat swasta di sekitar Shah Alam.

“Tindakan itu berkemungkinan kerana mangsa mempunyai masalah kesihatan dan kemurungan,” ujarnya.

Terdahulu, tular sebuah video berdurasi 30 saat memaparkan remaja yang berpakaian lengkap itu seolah-olah mahu terjun dari hujung tingkat lima pusat beli berkenaan.

KOSMO!ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published.