Semasa

Meratap Menangis Sambil Terbaring Depan Kubur Arwah Bapa, Tindakkan Instafemes ini Mengundang Padah

Pemergian ibu bapa sememangnya satu kesedihan yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Namun, rintihan seorang anak yang kehilangan bapa buat selama-lamanya mendapat perhatian netizen di TikTok.

Video itu dimuat naik oleh gadis itu sendiri di mana dia dilihat menangis sambil memeluk pusara bapanya dalam keadaan terbaring di atas tanah.

Rakaman Video ada di Bawah Sekali

Beberapa orang wanita dilihat cuba menenangkan dan memintanya untuk bangun dari situ.

Menerusi ruangan komen, gadis itu menerangkan dia merupakan anak tunggal dan semestinya kehilangan bapa sangat sukar buatnya.

Ramai netizen mengucapkan takziah selain ada yang turut berasa sebak serta menceritakan pengalaman mereka.

Bagaimanapun, sesetengah netizen sempat memberikan nasihat dan menegur gadis itu kerana ia dilihat seolah-olah dia tidak dapat menerima ketentuan Allah.

Menurut mereka, tindakannya itu berlebihan dan tidak elok sebaliknya perlu lebih banyak bersabar dan reda dengan pemergian bapa.

Memang tak elok kalau sampai meratap macam ini. Harap adik ini tabah dan dapat redha dengan pemergian bapa tercinta.

Leave a Reply

Your email address will not be published.