Semasa

“Orng Hin4 Anak Dan Keluarga Saya”- Wanita Ini Telah Dtng Semula Ke Kedai. Sekali Ini Pula Yg Dia Lakukan

SIAPA sebenarnya yang bersalah?

Itu antara persoalan yang timbul dalam kalangan netizen selepas tularnya video ‘amukan’ seorang wanita di sebuah kedai serbaguna yang dipercayai di Terengganu.

SILA LIHAT VIDEO DI BAWAH SEKALI

Menerusi video berdurasi 5 minit 4 saat itu, wanita berkenaan dilihat sedang mengamuk gara-gara berang anak lelakinya yang berusia sekitar 10 tahun dituduh mencuri di sebuah kedai serbaneka di Paka, Terengganu.
Video pertengkaran itu dipercayai tular selepas wanita berkenaan yang dikenali sebagai Wan Nor Baizura membuat live di akaun TikTok miliknya semasa kejadian berlaku pada malam Rabu (2 Mac).

Dia begitu terkesan dan meluahkan rasa sedih kerana anaknya dituduh mencuri.

 

Menurutnya, anak yang dipanggil Adam berada dalam keadaan trauma dan duduk diam serta bersendiri selepas kejadian yang berlaku semalam.

Dia yang turut dikatakan cuba mempromosikan produk dan melakukan gimik perniagaan memberitahu, tindakannya itu bukanlah untuk bisnes tetapi kerana sedih apabila anaknya dituduh mencuri.

Kelihatan, anak Kak Long yang dituduh mencuri turut mengamuk kerana tidak puas hati.

“Rezeki kita Allah dah tetapkan, maruah kita… macam saya sekarang ni, belum tengok lagi kebenaran tu tapi netizen kutuk saya kaw kaw.. terima kasih banyak yang mana betul-betul kawan dan pengikut. Terima kasih banyak.

Walaupun anak saya dituduh mencuri, saya akan pergi minta maaf. Saya nangis sebab saya seorang ibu, orang tuduh anak saya, orang hina anak dan keluarga saya.

 

“Pengajaran untuk saya dan anak-anak. Kalau mereka kata perkara bukan-bukan kat anak saya, saya tidak akan marah… saya akan terima. Tapi orang kata saya buka aib sendiri, benda tu dah tular kat TikTok.

“Walaupun anak saya dituduh mencuri, saya akan pergi minta maaf. Saya nangis sebab saya seorang ibu, orang tuduh anak saya, orang hina anak dan keluarga saya.

“Orang lain lagi teruk buat marketing, Kak Long tak koyak… kak long pergi minta maaf sebab nak tenang bukan untuk marketing,” jelasnya menerusi siaran langsung di Facebook yang dibuat pada jam 11.50 pagi Khamis.

Siaran tersebut dimatikan selepas Kak Long dikatakan sampai di kedai serbaneka terbabit untuk membuat permohonan maaf.

Terdahulu, rata-rata netizen yang menonton siaran berkenaan memuji tindakan Kak Long yang pergi meminta maaf walaupun anaknya dituduh mencuri.

Namun, ada juga yang menyifatkan tindakannya itu sebagai publisiti murahan selain menasihatkannya untuk membuat laporan polis berhubung kejadian yang berlaku.

“Buat laporan polis la supaya tahu kisah sebenar yang berlaku. Bila anak kena tuduh, mesti sakit hati,” kata salah seorang netizen.

“Baik tengok balik CCTV. Baru kita tahun kejadian sebenar,” cadang seorang netizen di ruangan komennya.

Terdapat juga netizen yang menyatakan tindakan Wan Nor Baizura seolah-olah menabur pasir di periuk nasinya sendiri

“Kak sedar tak benda kak buat tu tak betul? Kak ibarat tabur pasir ke periuk nasi sendiri… Selesai cara baik, cakap lembut-lembut. Be professional bukan terpekik terlolong seperti itu,” ujar seorang lagi netizen.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

VIDEO DI BAWAH

Sumber: youtube.

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.