Semasa

Gara² Anak 5 Tahun Koyak Kena Bahan dan Tunjuk Samseng, Mak Bapak Teruk Kena Herdik Dgn Netizen

GELAGAT seorang kanak-kanak berkelakuan kasar dan panas baran terhadap individu lain yang kelihatan seusia dengannya menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok mengundang kemarahan ramai.

Malah perbuatannya memijak telefon bimbit sebagai tanda protes selepas ditegur kerana bertindak kasar menambahkan lagi ‘bara’ di hati netizen yang menontonnya.

Rata-rata melahirkan rasa kurang senang dengan sikap kanak-kanak tersebut kerana dibimbangi akan berkekalan hingga dewasa sekiranya tidak ditangani segera.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Dia yang jatuh sendiri, tiba-tiba orang lain kena. Apa punya budak, nasib bukan anak buah aku… kalau anak buah, aku terus pijak.

“Tolong eh, aku memang tak suka budak macam ni sebab dulu aku ingat lagi mak aku kena sepak atau tampar dengan budak usia macam ni.

Sebabnya (punca) aku tak ingat sebab apa tapi yang aku tahu masa tu mak aku nak tenangkan dia, end-up mak aku masih cakap ‘tak apalah kecil lagi’,” demikian luah seorang pengguna Twitter.

Aeira bersama suami dan anak-anaknya beraya di kampung halaman.

Aeira bersama suami dan anak-anaknya beraya di kampung halaman.

Bagaimanapun dengan tidak semena-mena dia dilihat menjadi agresif dan cuba memukul seorang kanak-kanak lain sebelum memijak telefon yang merakamkan aksinya itu.

Tampil menceritakan tentang situasi tersebut kepada mStar, pemilik akaun TikTok yang berkongsi video berkenaan memaklumkan kanak-kanak tersebut berusia lima tahun.

Menurut wanita yang mesra dipanggil Aeira, dia mendakwa kanak-kanak berkenaan merupakan anak kepada sepupunya sendiri yang turut berada di lokasi kejadian.

“Sebenarnya adik tersebut okey saja. Dia suka buat lawak, mengusik… memang anak yang baik dan mendengar kata.

“Hanya masa itu dia buat perangai, nak tunjuk hero dengan silat. Mungkin sebab dia pakai tanjak, jadi acah-acah jadi pahlawan.

“Apabila terjatuh, sepupu dia provoke… sebab itu dia marah agaknya. Tapi selepas itu mereka okey saja dan dia pun kena cubit,” ceritanya kepada mStar.

Menyedari perlakuan kanak-kanak berkenaan menerima kritikan ramai, Aeira berkata dia sedih apabila netizen menghukum anak buahnya hanya berdasarkan satu video pendek.

Gambar bersama saudara mara ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.

Gambar bersama saudara mara ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.

“Dalam video lain yang dikongsikan, dia tak ganggu pun. Sebab tu saya rasa tak adil untuk ibu bapanya apabila orang cakap mereka tidak pandai ajar anak.

“Mana ada ibu bapa dalam dunia ini yang tak ajar anak mereka menjadi baik. Lagipun dia mempunyai dua orang abang dan mereka suka main lawan-lawan.

“Abang-abangnya pun memang lasak sejak kecil tapi dah besar jadi senyap dan tak ganggu orang.

“Sedih apabila membaca komen netizen yang menghamburkan kata-kata kesat dan menyatakan dia akan jadi budak jahat serta kaki buli satu hari nanti,” katanya yang juga ibu kepada tiga cahaya mata.

Leave a Reply

Your email address will not be published.