Semasa

Terkejut Filem Mat Kilau Teruk Kena Kutuk di NetfIix, Sekali Syamsul Keluarkan Kenyataan Ini

SEBELUM ini ramai melahirkan rasa bangga dan pujian terhadap filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan sehingga ia berjaya mencapai kutipan luar biasa, RM97 juta sepanjang dua bulan ditayangkan di pawagam.

Tidak hanya itu, ramai turut mempertikaikan tentang ketepatan sejarah dalam filem tersebut selain plot yang lemah serta babak aksi disifatkan sebagai ‘separuh masak’.

“Kenapa terlalu ramai bercakap tentang Mat Kilau? Tiada ketepatan dalam sejarah. Babak aksi seperti ‘separuh masak’ dan plot penceritaan yang lemah,” komen netizen lain.

“Saya tenang-tenang sahaja..” – Syamsul

Memetik Harian Metro, pengarah filem tersebut iaitu Syamsul Yusof berkata apa yang penting kebanyakan penonton sukakan filem tersebut serta menerima mesej di Instagram dari penonton seluruh negara.

“Ada suka, puji melambung, hina pun ada. Jadi, tenang-tenanglah. Apa pun alhamdulilah. Saya dah lama buat filem dah ‘masak’. Filem ni biasalah.

Apa yang penting majoriti penonton suka, saya bersyukur. Lepas tu sebagai pengkarya filem jangan mudah puas hati. Terus perbaiki dan baiki perlahan-lahan.

“Apabila ditayangkan di Netflix, alhamdulillah, respons pun sangat baik, luar biasa juga. Saya setiap hari menerima DM, mesej daripada peminat di serata dunia.

Ada dari Jerman, Madinah (Aarab Saudi), Australia, Amerika Syarikat, cakap tahniah dan pasukan Mat Kilau,” katanya.

Filem terbitan Studio Kembara Sdn Bhd ini mencatat sejarah dalam industri perfileman negara apabila mencatatkan kutipan filem tertinggi di Malaysia.

Mat Kilau Kebangkitan Pahlaan juga turut ditayangkan di Singapura, Brunei dan terbaharu di Indonesia sejak 31 Ogos lalu.

mat kilau 2

Barisan pelakon Mat Kilau.

Filem itu menampilkan barisan pelakon hebat Datuk Adi Putra, Fattah Amin, Beto Kusyairy, Yayan Ruhian dan Johan As’Ari.

Tidak hanya meraih kutipan tertinggi, filem ini juga menjadi tular dan bualan hangat masyarakat sejak ia mula ditayangkan pada 23 Jun lalu apabila ramai hadir di pawagam dengan berpakaian persis seorang pahlawan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.