Semasa

“Kalau awak lelaki kaya, tapi..” Shiela Amzah Akhirnya Dedahkan Ciri² Suami yg Diidamkan

Meskipun berdepan kegagalan rumah tangga, penyanyi Shila Amzah berkata dia tidak pernah menutup pintu hatinya untuk berkahwin lagi.

Memetik mStar Online, bagaimanapun Shila berkata dia kini lebih berhati-hati dalam memilih pasangan serta inginkan lelaki yang mempunyai matlamat hidup.

Dalam pada itu, Shila berkata dia kini bersikap lebih terbuka serta tidak lagi berselindung mengenai soal peribadi.

“Selama 22 tahun ini rasanya saya penat untuk menepis…cukuplah apa yang berlaku selama ini. Tiada lagi istilah biarlah rahsia buat saya.

“Tanyalah apa sahaja soalan. Tiada soalan yang membuatkan saya takut. Namun saya akan pilih peratusan keterbukaan untuk menjawab sebarang pertanyaan,” katanya.

Baru-baru ini perkongsian Shila Amzah di Insta Story menjadi perhatian apabila memuat naik kecaman diterima daripada netizen.

Menerusi entri tersebut, individu berkenaan menuduhnya gatal, tidak matang serta seolah tidak sabar untuk mencari lelaki.

“Alahai macam tak sabar sangat nak cari laki ni.. Relaks lah, jangan tunjuk sangat. Dari dulu sampai sekarang suka over kalau bab relationship.. Tunjuk matang sikit Shila. Malu lah macam gatal sangat,” tulis netizen itu.

Tenang membalas kenyataan netizen itu, Shila menidakkan tuduhan negatif yang dilemparkan terhadapnya.

“Aiyo what is this? Mana Sha pernah cakap benda ni. Kalian ni halusinasi benda lebih-lebih eh padahal Sha tak ada cakap pun.

And, salah ke kalau nak happy-happy kalau single sekali pun. Hidup jangan jadi pendengki, binasa diri,” tulisnya.

Terdahulu, Shila mendirikan rumah tangga dengan Haris Idraki Elias pada April 2018 namun disahkan bercerai pada 8 Februari tahun ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published.