Semasa

Adik Bongsu Diangkat Menjadi PM Malaysia, Abg Sulong Dedahkan Perangai Adiknya Masa Kecil

Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah jawatan sebagai perdana menteri kesembilan.

Ismail mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah di Istana Negara pada pukul 2.29 petang.

Acara itu disiarkan secara langsung di saluran televisyen serta laman Facebook Pejabat Perdana Menteri.

Ahli parlimen Bera itu merupakan perdana menteri pertama yang tidak menjadi ketua atau timbalan ketua parti politik.

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi pada masa ini berdepan perbicaraan rasuah di mahkamah, manakala timbalannya Mohamad Hasan bukan ahli parlimen.

slps pmke9 angkat smpah

Ismail yang merupakan naib presiden Umno menggantikan Muhyiddin Yassin – presiden Bersatu dan pengerusi Perikatan Nasional (PN).

Muhyiddin letak jawatan setelah hilang majoriti apabila 15 ahli parlimen Umno menarik balik sokongan terhadap kerajaannya.

Ia merangkumi PN (Bersatu, PAS, STAR, SAPP, Gerakan), BN (Umno, MCA, MIC, PBRS), GPS (PBB, PRS, PDP SUPP), PBS dan ahli parlimen bebas.

Bagaimanapun, 14 daripada 15 ahli parlimen tersebut telah kembali menyokong PN setelah dipersetujui Ismail akan menggantikan Muhyiddin.

slps pmke9 angkat smpah

Ismail, 61, merupakan timbalan perdana menteri dalam kabinet Muhyiddin.

Sebelum ini, Ismail memegang pelbagai portfolio dalam kabinet berbeza, termasuk sebagai menteri belia dan sukan, menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna, dan menteri pertahanan merangkap menteri kanan.

Acara angkat sumphah hari ini turut dihadiri pemimpin parti politik yang menyokongnya, selain pegawai tertinggi kerajaan.

Antara yang hadir termasuk Zahid, Presiden MCA Wee Ka Siong, Presiden MIC M Saravanan, Pengerusi GPS dan Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg, serta Arthur Joseph Kurup dari Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).

Ismail Sabri Menjunjung Kasih Tuanku

Dalam pada itu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas perkenan baginda melantiknya sebagai perdana menteri kesembilan.

Ismail Sabri turut merakamkan penghargaan kepada semua pemimpin parti politik termasuk Ahli Parlimen bebas yang menyokongnya untuk memimpin negara.

“Saya syukur kepada Allah dan izin-Nya, saya dilantik sebagai perdana menteri…

“Ucapan terima kasih juga saya ucapkan kepada rakan-rakan Ahli Parlimen termasuk bebas dan ketua-ketua parti politik,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di luar pekarangan kediamannya di Kuala Lumpur, hari ini.

Naib Presiden UMNO itu juga merakamkan penghargaan kepada Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan majlis tertinggi parti itu atas kepercayaan yang diberikan kepadanya.

Sementara itu, beliau juga memaklumkan akan membuat kenyataan rasmi kepada rakyat Malaysia esok susulan pelantikannya sebagai pemimpin nombor satu negara.

Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera selesai mengangkat sumpah jawatan sebagai perdana menteri di hadapan Al-Sultan Abdullah di Istana Negara pada pukul 2.28 petang ini.

Beliau menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meletak jawatan pada 16 Ogos lepas setelah kehilangan sokongan majoriti Ahli Parlimen.

Bagaimanapun, selepas istiadat selesai, Ismail Sabri perlu berada di Ibu Pejabat UMNO di Menara Dato Onn untuk menghadiri Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO.

Mesyuarat yang dijangka berlangsung pada jam 8 malam itu masih belum diketahui secara rasmi mengenai agenda yang bakal dibincangkan.

Bagaimanapun beberapa pemimpin UMNO yang dihubungi Sinar Harian memberitahu, ia ada kaitan dengan langkah seterusnya.

Ia bagi parti tersebut yang kembali menguasai kerajaan selepas kaIah dalam Pilihan Raya Umum Ke-14.

Antara yang menjadi persoalan penting ialah nama kerajaan yang bakal dibentuk itu sama ada menggunakan Kerajaan BN, Kerajaan PN atau mungkin satu nama yang berbeza.

Selain itu perkara yang akan turut dibincangkan ialah pembentukan Kabinet termasuk jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Turut menjadi perhatian ialah sokongan bersyarat yang diumumkan oleh Perikatan Nasional yang mahu supaya Kabinet yang dibentuk itu terdiri daripada individu yang mempunyai integriti yang tinggi.

Ismail Sabri juga berdepan dengan situasi yang amat sukar kerana negara masih belum bebas daripada ancaman Covid-19 dan masalah ekonomi negara yang terkesan akibat pandemik itu.

Abg Sulong Dedahkan Perangai Adiknya Masa Kecil

“Rasa macam tak percaya anak kampung boleh jadi Perdana Menteri (PM).

Itu reaksi abang Perdana Menteri, Abdul Manaf Yaakob, 81, selepas adik bongsunya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ataupun mesra dengan panggilan Yee dilantik selaku Perdana Menteri yang kesembilan pada Sabtu.

Menurutnya, ia umpama satu khabar gembira yang tidak terduga buat keluarganya.

Abdul Manaf menunjukkan dirinya bersama adik beradiknya termasuk Ismail Sabri.

“Memang ada rasa macam tak masuk akal adik jadi PM selain terkejut tapi pada masa sama bersyukur dan tahu ia dalam aturan ALLAH SWT walaupun saya lihat perjalanan karier politiknya agak mendatar.

“Ikutkan ketokohan Yee dalam politik hanya saya nampak ketika dia menuntut di Universiti Malaya (UM),” katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Abdul Manaf yang juga bekas ahli perniagaan itu ditemui di kediamannya di Taman Sri Semantan di sini.

Anak kedua daripada lapan beradik yang mesra dengan panggilan Abang Nik itu memberitahu, sebagai anak bongsu, Ismail Sabri seorang adik yang manja dan low-profile sejak kecil.

Abdul Manaf sebak ketika menonton Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat serta Menandatangani Sumpah Jawatan sebagai Perdana Menteri kesembilan oleh adiknya di kaca TV petang tadi.

“Lagi satu sebagai anak kampung, adik pun macam budak lain, suka mandi sungai dan lain-lain.

“Malah, bila adik dah jadi menteri saya lihat dia (Yee) masih ada menunjukkan sifat manjanya,”

Kongsi beliau bahawa adiknya sangat menggemari menu ketupat cicah gula kabung (nisan).

Seperti orang lain, Abdul Manaf juga mengharapkan adiknya dapat menggalas tanggungjawab sebagai PM sebaik mungkin.

“Jalankan tugas dengan jujur, ikhlas dan amanah selain dapat mengatasi pand3mik c0v1d-19 yang sangat diharapkan oleh rakyat di negara ini,” tambahnya.

Anggota PN Teguh di Belakang Ismail Sabri

Semua Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) terdiri daripada Bersatu, PAS dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) berdiri teguh bersama Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri kesembilan.

Setiausaha Agung PN Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata pelantikan Ismail Sabri dapat menghentikan kemelut politik sebelum ini dan menyatupadukan semua pihak.

Ini untuk kembali fokus kepada agenda membela kebajikan rakyat terutama dalam pembentukan sebuah kerajaan yang stabil.

“Kami yakin bahawa pelantikan beliau dapat memastikan kesinambungan dasar, perancangan serta iltizam kerajaan PN terutamanya memulihkan negara daripada impak CVD-19 dengan segara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut berkata PN menjunjung kasih atas perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah melantik Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri Malaysia kesembilan seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Selain itu, Hamzah berkata PN juga merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah mengetuai tampuk pemerintahan negara dengan amanah, cekal dan beristiqamah.

Beliau berkata semua program bantuan rakyat, pakej rasangan ekonomi termasuk perbelanjaan pengurusan CVD-19 yang diluluskan oleh Muhyiddin adalah bukti keprihatinan beliau yang akan selamanya tercatat dalam sejarah negara.

Anwar Ibrahim Tenang, dan Terima Seadanya

SEMENTARA itu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjvnjung kasih atas titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang telah berkenan melantik Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri ke-9.

Dalam satu kenyataan media malam ini, beliau yang mewakili pihak pembangkang keseluruhannya mengambil maklum keputusan oleh Seri Paduka Baginda itu.

“Kami mengambil maklum bahawa keputusan ini dibuat menurut lunas-lunas Perlembagaan, demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan yang kita amalkan.

“Bagi pihak Pembangkang, ini adalah cabaran untuk kita bekerja lebih gigih lagi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15),” katanya.

Dalam pada itu, Anwar turut mengajak semua pihak berdoa serta berusaha supaya kr1sis p4ndemik Cvd-19 dan ekonomi dapat diatasi dengan segera dan ditangani demi rakyat.

“Buat semua pimpinan, anggota dan pendukung, kami menggesa semua untuk menerima keputusan ini dengan kecekalan yang jitu untuk bekerja lebih gigih menuju PRU15.

Ia agar kita dapat memenangi semula mandat rakyat yang telah kita terima pada Pilihan Raya Umum yang lalu,” ujarnya.

Kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published.