Semasa

Percutian bertukar tragedi, 7 maut sekelip mata nahas cenuram runtuh timpa bot peIancong

MALANG tidak diduga, kala menikmati keindahan alam, sekumpulan pelancong berhadapan tragedi apabila ketulan dinding  tasik menjulang tinggi pecah  dan tumbang menimpa bot yang membawa mereka.

RAKAMAN VIDEO KEJADIAN DI BAWAH SEKALI

Kejadian berlaku di Tasik Furnas terletak di Pulau São Miguel. Tasik buatan seluas 1.87 kilometer persegi dan mempunyai  kedalaman maksimum 15 meter terletak di tenggara Brazil.

 

Pihak berkuasa berkata sekurang-kurangnya 32 orang dibawa ke hospital manakala sembilan lagi mengalami kecederaan serius.

Kebanyakan mangsa mengalami kecederaan patah tulang dan seorang daripada mereka mengalami cedera pada kepala dan muka.

Video dirakam pengungung dari bot-bot lain mendedahkan bot-bot yang membawa pelancong cuba bergerak meninggalkan lokasi berkenaan beberapa saat sebelum tragedi itu. Lebih menyedihkan suara dan pekikan mangsa jelas didengari.

Seorang pengendali bot berpengalaman, Rovilson Teixeira menjangkakan lebih ramai mangsa akan ditemui. Tambahnya, dia tidak pernah melihat perkara seperti ini sebelum ini di kawasan itu.

“Kami semua terkejut, tiada siapa yang tahu berapa ramai mangsa, tetapi saya sudah boleh mengatakan bahawa ia bukan hanya satu atau dua kematian, tetapi banyak kematian. Terdapat ramai orang yang cedera.

“Tempat itu penuh dengan ambulans dari pelbagai tempat untuk menangani mangsa, tetapi tiada siapa yang dapat menganggar skala tragedi ini,” katanya.

Tontom video di bawah

 

Sumber Sinar

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.