Semasa

`Perginya’ Safiah Ujang, Wanita Tertua di Malaysia Pada Usia 128 Tahun

WANITA tertua di negara ini, Safiah Ujang berusia 128 tahun meninggal dunia pada 26 Okt 2017, akibat sakit tua.

Arwah mninggal di kediamannya di Kampung Seberang, Batu Hampar, Rembau, hari ini.

Safiah yang dilahirkan pada 11 Februari 1889 menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarga, jam 12 tengah hari.

Cucunya, Mohammad Hafiz Abdul Ghani, 29, berkata, arwah neneknya sebelum ini menghidap sakit tua dan knser usus.

`Perginya’ wanita tertua di Malaysia

“Kesihatan nenek semakin merosot. Nenek tidak boleh menelan makanan pejal dan hanya menjamah buah yang lembut seperti limau serta mangga selain meminum susu,” katanya ketika dihubungi.

Dia memberitahu, jenazah neneknya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Seberang Batu Hampar, Rembau, selepas solat Asar.

Mohammad Hafiz berkata, walaupun tidak pernah menerima surat pengiktirafan sebagai wanita tertua di Malaysia.

Namun perkara itu dimaklumkan pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Sembilan yang berkunjung ke rumah mereka.

Arwah meninggalkan seorang anak, Abdul Ghani Daud, 74, enam cucu serta 30 cicit.

Semoga ditempatkan di kalangan mereka beriman.

Sinar Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published.