Semasa

“Persiapan Nikah Sudah Siap 30 Peratus, Tinggal Nak Pilih Tempat je Lagi..” Akhirnya Mas Idayu Luah Dah Sedia Jadi Isteri

Penyanyi dangdut, Mas Idayu memberitahu sudah 30 peratus persiapan sudah dilakukan olehnya.

Ianya untuk majlis perkahwinan yang bakal diadakan pada bulan depan bersama dengan lelaki pilihannya yang juga Penerbit Eksekutif di TV3, Sufian Isa.

“Sejujurnya saya sendiri tidak menjangka akan melalui fasa ini sekali lagi. Apatah lagi selepas 15 tahun hidup sendiri.

Cuma dua tahun kebelakangan ini saya memang berdoa agar dipertemukan jodoh yang baik.

Dalam diam siapa sangka jodoh saya dalam kalangan orang yang selalu bekerjasama.

Dari hanya usikan rakan-rakan pada program Lagu Cinta Kita (LCK) tahun lalu membawa kepada hubungan yang serius.

Peserta LCK yang tak kahwin, akhirnya kami pula yang bakal berkahwin. Inilah yang dikatakan jodoh. Doakan semoga perancangan kami dipermudahkan.”

Sumber: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published.