Semasa

‘Sepatutnya lni Tarikh Tunang Kita, Awak Pakai Baju & Pelamin Yg Kita Pilih Bersama’ – Lelaki Reda Hantaran RM20k Punca Perpisahan

Setiap pasangan yang bercinta pasti mempunyai impian untuk mengakhiri hubungan mereka dengan sebuah ikatan perkahwinan.

RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI

Sama seperti seorang lelaki yang dikenali dengan nama Fakhrulhz yang berhasrat untuk menghalalkan teman wanitanya.

"Kalau xde 20k, Kau blah.." Lelaki Pasrah Kekasih Naik Pelamin Pakai Baju yg Mereka Pilih

Meskipun Fakhrul sudah memberitahu beberapa sebab mengapa mereka tidak boleh berjumpa.

Tetapi wanita itu dikatakan masih tegas dengan pendiriannya.

“First, b tak boleh nak datang sebab sekarang kita jauh.

Kedua sebab PKP. Sayang ingat tak ada risiko ke lalu roadblock? Kalau kena tahun b nak cakap apa?

Ketiga b tak nak ibu sayang cakap asyik keluar dengan b je. Membazir duit.

Keempat b nak simpan duit kahwin. Kalau sayang tak boleh LDR macam ni, b sanggup apa sahaja keputusan sayang.”

Menerusi perbualan Fakhrulhz bersama bekas kekasih hatinya, wanita tersebut mendakwa dia tidak begitu yakin dari segi kewangan.

Dakwanya lagi, bukan mudah bagi Fakhrul untuk mengumpul duit sebanyak RM20k dalam masa terdekat.

Tetapi apa yang lebih meruntun hati apabila Fakhrulhz mendakwa melihat posting di Facebook ibu bekas teman wanitanya yang memaklumkan bahawa anak perempuannya sudah selamat mengikat tali pertunangan pada 18 Disember 2021.

“Sepatutnya ini tarikh pertunangan kita. Patutlah mak awak minta hantaran 20k, rupanya masa awak dengan saya, awak dah ada yang lain.

Cantik sangat awak pakai baju yang kita pilih sama-sama. Pelamin yang kita pilih. Tapi saya reda.”

Tonton Video SILA KLIK SINI

Sumber: Fakhrulhz

Leave a Reply

Your email address will not be published.