Semasa

Tak Sempat Sambut Raya Bersama, Dua Beradik Maut Nahas KmaIangan Motor dan Lori

Petaling Jaya : Dua beradik maut selepas terlibat kemalangan antara motosikal dan lori di pintu masuk pasar malam Taman Medan di sini malam tadi.

RAKAMAN KEMALANGAN ADA DI BAWAH SEKALI

Berita tersebut diberitahu oleh Kamal Ahmad Abdullah di akaun facebook miliknya.

Menurut beliau, kejadian yang meragut nyawa dua beradik itu berlaku sekitar jam 9 malam. Tambahnya, motosikal itu dinaiki bersama oleh dua beradik perempuan.

“250422..lbh kurang jam 9 mlm…kemalangan maut di jln Besar Pjs 2 berhadapan dgn Tapak Pasar Tmn Medan..2 perempuan adik beradik yg tinggal di Desa Mentari Blok 11 dan lori 10 tan..pemergiannya dipenghujung Ramadan..bulan yg terbaik..srmoga ke2nya dirahmati Allah..aamiin”

Menurut laman facebook Taman Medan, punca kejadian tersebut masih belum dikenal pasti.

Luahan Ayah Atas Pemergian Kedua-Dua Puteri:

“Assalamualaikum wbt.Dukacita dikhabarkan, kedua puteri kami telah kembali ke Rahmatullah sebentar tadi.

Kepada ahli keluarga dan sahabat handai yang berhasrat untuk sama menyempurnakan jenazah nanti boleh berkumpul di Maneeh Chicken , Blok 11 Desa Mentari 3, Taman Medan Petaling Jaya.

Allahumma figh laha warhamha wa’fu ‘anha.

Salam takziah diucapkan buat keluarga mangsa. Gambar kemalangan ada di bawah:

Salam takziah
Al-fatihah (dibaca)
بِسْم ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞ صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞ امين

Semoga Allah terima segala amalan arwah dan mengangkat darjatnya disisi Allah,
Semoga pemergian arwah menjadi kerehatan sebenar dari urusan dunia,
Semoga dilindungi dari seksa kubur dan semoga roh arwah ditempatkan dikalangan para solehah,

Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad.
Amiin Amiin Amiin..

Ucapan Takziah Kematian
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman…. Aaamiin Ya Robbal Aalamiin..

Sumber Facebook : Kamal Ahmad Abdullah

Leave a Reply

Your email address will not be published.