Semasa

Kecewa Cinta Tak Berpanjangan, Gadis Nekad Rempuh Rumah Keluarga Bekas Teman Lelaki

JOHOR BAHRU – Seorang gadis yang baru putus cinta bertindak merempuh pintu pagar kediaman keluarga bekas teman lelakinya dalam satu kejadian di Taman Perling pada jam 5 pagi Ahad.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Fariz Ammar Abdullah berkata suspek berusia 20 tahun itu ditahan polis pada jam 6.30 pagi di Plaza Tol Lima Kedai pada hari yang sama.

“Akibat bimbang dengan ugutan terbabit menyebabkan pengadu membuat laporan polis,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Menurut Fariz Ammar, bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis ke kediaman pengadu sebelum mendapati sebuah kenderaan jenis Toyota Corolla Altis telah merempuh pintu pagar kediaman pengadu.

Katanya, anggota polis berkenaan terus mengekori kenderaan suspek sebelum menahannya di Plaza Tol Lima Kedai, Gelang Patah.

“Saringan ujian air kencing yang dilakukan mendapati suspek berada di bawah pengaruh daadah terlarang jenis ‘benzo’, manakala semakan mendapati suspek tiada rekod jenayah lampau.

Leave a Reply

Your email address will not be published.