Semasa

Psgn Suami Isteri Menangis, Merayu Agar Anak Gadisnya yg Ditangkap KhaIwat Dibebaskan

Sepasang suami isteri merayu agar anak perempuannya dilepaskan selepas ditangkap khalwat bersama teman lelaki di sebuah hotel di sini.

Waris berkenaan mengakui sedih dengan perbuatan terkutuk anak mereka sehingga terpaksa merayu dengan anggota penguatkuasaan.

Pengerusi Skuad Badar, Azhar Mohamad berkata, pihaknya bersama 40 anggota menahan sembilan pasangan kekasih pada malam ambang merdeka.

Menurutnya, kesemua mereka dibawa ke masjid untuk diberikan kaunseling dan amaran sebelum diserahkan kepada waris masing-masing.

“Tujuan kita ialah membanteras kegiatan maksiat sekali gus menyelamatkan dari berlakunya kewujudan anak luar nikah hasil daripada perbuatan ziina yang dilakukan pada malam merdeka,” katanya.

Operasi bermula jam 1 pagi hingga 6.30 pagi itu tertumpu ke kawasan hotel bajet, motel dan rumah tumpangan sekitar daerah Kuala Muda yang kebanyakan agak tersorok dari pengetahuan umum.

Menjadi kelaziman Skuad Badar, kesemua yang dikumpulkan dibawa ke masjid dan diberikan tazkirah pada awal pagi hari yang sama di atas tanah perkuburan bagi memberi keinsafan.

Harian Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published.