Semasa

Lelaki yg Hiina dan Berang Lihat Budak Kecil Pakai Kasut Berbunyi di Mall, Akhirnya Terima Padah

Korang mesti pernah tengok budak-budak kecil pakai kasut yang mengeluarkan bunyi apabila berjalan kan?

Bunyi kasut itu tidaklah terlalu kuat tetapi ada yang mengadu rimas apabila anak-anak berlari di kawasan membeli belah.

Luahan rasa tidak selesa itu membuatkan individu ini menerima pelbagai reaksi kurang senang netizen.

“Semua benda nak komplen..”

“Bukan suka-suka nak pakai..”

“Tak baik sia*kan budak kecik..”

Individu ini dipersoal mengapa menjadikan hal remeh sebagai isu sedangkan kasut berbunyi dah wujud sejak sekian lama.

“Kalau anak ko dah boleh berjalan tak payahla pakaikan kasut cot cet cot cet tu. Jadahnya sampai satu mall nk dengar dia berlari. Bunyi tu ngilu lah siaI”

Individu ini turut menyertakan bukti yang mana bukan dia seorang sahaja yang tidak selesa. Malah, ada individu lain memuat naik ‘complaint’ yang sama kira-kira 9 tahun lalu.

Seorang netizen menjelaskan anak-anak dipakaikan kasut berbunyi supaya senang untuk mengawal pergerakan mereka. Iyalah, kadang-kadang budak ni cepat je langkah dorang tu kan.

Ada netizen berpendapat ibu bapa perlu menggunakan wrist tie jika bimbang anak jalan jauh atau hilang daripada pandangan.

Hmm, dah jadi berdebat pulak di ruangan komen. Pendapat korang pula macam mana?

Kredit: Twitter

Leave a Reply

Your email address will not be published.