Semasa

Seorang Penjawat Awam yg Juga Suami Orang Sanggup Menyorok Dlm Siling Elak Ditangkap KhaIwat

ALOR SETAR: Seorang lelaki sanggup menyorok dalam siling rumah teres di taman perumahan di Jalan Alor Mengkudu di sini, awal pagi bagi mengelak daripada ditangkap berkhalwat.

Bagaimanapun tindakan lelaki berusia 55 tahun itu gagal apabila berjaya dikesan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) yang melakukan pemeriksaan pada jam 1.10 pagi.

“Hasil pemeriksaan menemui seorang wanita berusia 33 tahun berada di tingkat atas rumah berkenaan dan seorang lelaki bersembunyi di bahagian siling rumah.

“Mereka gagal menunjukkan sebarang dokumen membuktikan hubungan mahram atau suami isteri,” katanya hari ini.

Radzi berkata, pasangan terbabit didapati bekerja sebagai penjawat awam dan kes disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Jenayah Syariah Kedah 2014.

Jika sabit kesalahan mereka boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Leave a Reply

Your email address will not be published.