Semasa

“Sy tak akan maafkan..” Slps Lukis 6 Wajah yg Sihiirkan Ust Kazim, Pawang ni Terpaksa Delete

SEORANG lelaki dikenali sebagai Neo Pawang Diraja tular selepas berkongsi lakaran wajah enam individu yang didakwa menyihir dan melakukan khianat ke atas Datuk Mohd Kazim Elias.

Bagaimanapun, dia pada Isnin malam tampil memohon maaf kepada pendakwah itu dan mengakui sudah memadam video lakaran berkenaan yang dimuat naik ke akaun media sosial miliknya.

“Assalamualaikum, Alhamdulillah saya menerima respons daripada Datuk Ustaz Kazim Elias di dalam page Facebook peribadi beliau, memohon agar saya menghapuskan atau memadam sosok lakaran yang saya buat di dalam video saya yang telah tular baru-baru ini.

“Sekali lagi saya ucapkan ribuan maaf dengan tindakan saya melakar lakaran-lakaran tersebut,” ujarnya yang memiliki 160,000 pengikut di TikTok.

Dalam video yang telah dipadam, Neo berkata lakaran berkenaan tidak berniat menuduh sesiapa sebaliknya sebagai peringatan agar orang ramai berwaspada dalam kehidupan mereka.

kazim1

Kazim baru-baru ini mendedahkan dia sudah lama mengalami sakit misteri.

“Lakaran yang saya kongsikan adalah sebuah lakaran ghaib yang terhasil dari gerak yang maha kuasa.

Di sini saya bukan ingin menuduh atau memfitnah sesiapa, dan saya tidak kenal sosok-sosok yang berada dalam lakaran tersebut.

“Kita hendaklah sentiasa berwaspada terhadap sesiapa pun, mahupun yang berperwatakan alim dan sebagainya kerana manusia ini rambut sama hitam, tetapi hati hanya Allah yang tahu.Tidak lari dari perasaan hasad dengki, iri hati,” ujarnya.

Untuk rekod, mStar pada 18 dan 19 Mei lalu melaporkan Kazim sedang menghidapi sakit misteri sehingga mengganggu emosi serta kehidupannya.

neo2

Neo memiliki 160,000 pengikut di TikTok.

Antara yang dilalui termasuklah simptom gatal, pedih, tidur terganggu, luka dengan sendiri serta mengalami pendarahan secara tiba-tiba.

Dedah Kazim dalam posting Facebook, dia sudah banyak mendapatkan rawatan, namun masih belum sembuh.

Leave a Reply

Your email address will not be published.