Semasa

Cef Terkenal dan Instafemes Popular ini Ditangkap KhaIwat Di Hotel, Anak dah Ramai dan Isteri Duduk Jauh

MELAKA: Seorang lelaki berstatus suami orang dicekup berkhalwat dengan pasangan kekasihnya di sebuah hotel bajet di Banda Hilir di sini hari ini.

Lelaki berusia 40-an dan pasangannya 20-an dicekup dalam operasi dilakukan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) kira-kira pukul 1.30 pagi tadi.

“Wanita terbabit memberitahu dia mengetahui status lelaki tersebut yang merupakan suami orang.

Pasangan ini kita berjaya cekup selepas menerima maklumat awam mengenai kegiatan mereka,” jelasnya.

Tambahnya, pasangan berkenaan dibawa ke pejabat JAIM untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 iaitu bersekediaman atau berkurung (khaIwat) yang mendatangkan syak melakukan maksiat sebelum dibebaskan dengan jaminan.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published.