Semasa

Tidak Berdiam Diri Apabila Tiktoker Dedah Wajah Muhammad Bilal, Akhirnya Neelofa Tampil Beri Komen

SELEPAS lapan bulan dilahirkan, wajah anak kepada pasangan selebriti Neelofa dan Haris Ismail masih lagi belum didedahkan kepada umum.

bilal

bilal1

“Hehe maaf semua, ini bukan Bilal. Tapi comel MasyaAllah,” tulisnya.

Sementara itu, menerusi ruangan komen sama, seorang wanita dikenali sebagai Deeja menjelaskan bayi di dalam video tersebut adalah anak saudaranya.

Gambar itu katanya diambil ketika mereka berkunjung ke kediaman bapa Haris, Datuk Seri Mohd Ismail Norbat ketika hari raya Aidilfitri yang lalu.

“Maaf itu bukan Bilal. Itu gambar anak saudara saya sewaktu kami pergi rumah ayah Haris, Datuk Seri Ismail di Sri Petaling pada hari raya puasa tempoh hari,” jelasnya.

Semoga Bilal menjadi anak yang soleh.

Dalam pada itu, rata-rata netizen berteka-teki tentang wajah Bilal yang dikatakan persis seperti sepupunya Jebat Jayden iaitu anak kepada kakak Neelofa, Noor Nabila.

“Bukan hahahaha sepet sikit tapi tak macam Jebat. Bilal muka macam Jebat, percayalah cakap aku.”

“Bukan anak Lofa, tak sama langsung dengan baby haritu.”

Sebelum ini, Neelofa dan Harris pernah berkongsi foto Bilal tetapi tidak pernah mendedahkan wajahnya kerana bagi mengelakkan penyakit ain.

Leave a Reply

Your email address will not be published.