Semasa

“Dah pernah viraI..” Netizen Terkejut Pasangan Muda 20 Thn Jadi GeIendangan Merempat Bawah Jambatan

Butterworth: Sepasang suami isteri terpaksa menjadikan kawasan bawah jejambat di Jalan Bagan Dalam, di sini sebagai tempat berteduh selepas tidak lagi mampu menyewa berikutan kehilangan pekerjaan sejak beberapa bulan lalu.

“Tambahan pula, ramai yang prihatin kerap turun menghulurkan sumbangan makanan dan itu sudah cukup bagi kami untuk mengisi perut yang lapar,” katanya.

Terdahulu, pasangan suami isteri berkenaan menjadi antara 300 penerima bantuan makanan menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) ‘The Ascott Merdeka’.

Siti berkata, dia dan suaminya bersyukur dengan keprihatinan masyarakat terhadap golongan gelandangan yang tidak bernasib baik.

“Ramai yang senasib seperti kami sejak Covid-19 dan keadaan ekonomi juga kurang baik kerana agak sukar dapat kerja.

“Bila ada kerja lokasinya pula jauh apatah lagi kami tidak mempunyai kenderaan. Namun, saya harap dapat peroleh kerja di sekitar kawasan ini untuk ubah nasib kami,” katanya

Sementara itu, Pengurus Residensi Sky Residence by The Ascott, Lee Boon Kae, berkata pihaknya menyedari bahawa pandemik Covid-19 yang melanda lebih dua tahun lalu menyebabkan ramai golongan terjejas dari segi pendapatan.

“Dalam usaha meringankan beban mereka yang terjejas, pihak syarikat memperuntukkan RM1,000 setiap bulan untuk membantu golongan kurang bernasib baik ini,” katanya.

Namun, melihat ruangan komen di Harian Metro, tindakkan pasangan muda ini telah menimbulkan kemarahan netizen.

Rata-rata mereka menempelek, ean mengatakan pasangan ini pemalas, dan hanya mengharapkan bantun sahaja.

HM

Leave a Reply

Your email address will not be published.