Semasa

Naik Pening Dengan Apa yg Terjadi kpd Adi Putra & Johan, Mengejutkan Ini Tindakkan Syamsul Yusof

Pengarah terkenal, Syamsul Yusof tidak mahu mengulas dengan lebih lanjut mengenai keputusan Adi Putra yang masih dengan pendiriannya enggan hadir ke Malam Gala di Jakarta Indonesia pada 26 Ogos ini.

“Saya tak nak bergaduh. Kenyataan saya ialah saya pergi Indonesia kerana demi abang Yayan Ruhian. Sebabnya saya amat menghargai kesungguhannya terhadap filem ini.

“Tengoklah berapa kali dia datang Kuala Lumpur demi Mat Kilau. Dia sendiri yang mesej saya beritahu Indonesia menanti saya. Tolong datang,” ulasnya.

Bagaimanapun, Syamsul berharap akan berlaku keajaiban dan kejutan kelak memandangkan pelakon utama bagi filem Mat Kilau itu yang masih berkecil hati dengan tindakan Studio Kembara.

Sumber: Harian Metro (Ridzuan Abdul Rahman)

Leave a Reply

Your email address will not be published.