Semasa

Shuib Syukur Perkembangan Siti Sarah, Keajaiban Berlaku di Depan Mata

“Saya yakin Sarah akan balik rumah” – Shuib tak putus asa, percaya isteri kuat lawan Covid-19

DOA dan terus berdoa.

Begitulah harapan pelawak Shuib Sepahtu agar isterinya Siti Sarah yang kini sedang bertarung nyawa kembali pulih.

Menurut Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, dia yakin isterinya kuat mengharungi dugaan ini selepas ditidurkan sejak pagi Jumaat berikutan tahap oksigen yang rendah.

“InsyaAllah saya cukup yakin isteri saya kuat, saya cukup yakin dia akan balik ke rumah ni… anak-anak semua mendoakan dia.

“Harap Allah angkat doa kita semua, InsyaAllah Sarah akan sihat dan kita doakan juga untuk semua yang berjuang melawan Covid-19 ni.

Tambah Shuib, sepanjang mengenali isterinya, Sarah banyak memberi pengalaman yang diharungi dalam hidupnya dan mengubah dirinya.

Ini kata kata doktor

Shuib bersama isterinya Siti Sarah.

Shuib memohon agar semua orang untuk memaafkan sekiranya Sarah pernah menyakiti mana-mana phak.

“10 tahun kenal Sarah dia lah yang mendewasakan saya dan mendoakan,

“Saya mohon maafkan segala-gala sekiranya Sarah ada menyakiti hati sesiapa dan halalkan makan minumnya agar dipermudahkan perjalanannya,” katanya.

Saya mohon maafkan segala-gala sekiranya Sarah ada menyakiti hati sesiapa

Shuib berkata demikian sebelum majlis bacaan Yasin dan doa untuk Siti Sarah yang sedang bertarung melawan Covid-19 secara maya pada Jumaat malam.

Pada kira-kira pukul 5 petang Jumaat, Siti Sarah selamat melahirkan bayi lelaki selepas menjalani pembedahan selama hampir tiga jam bermula pukul 2 petang.

Siti Sarah dimasukan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) pada Rabu lalu akibat oksigen dalam badan menurun.

Dia kemudian dipindahkan ke unit rawatan rapi (ICU) pada pagi Jumaat selepas kesihatannya merosot dan tidak stabil.

Ini kata kata doktor

” Sarah dah ditidurkan. Minta tolong doakan dia,”

Itu kata-kata pengurus Siti Sarah, Nana Mohamad Rom mengulas situasi terkini penyanyi terbabit.

Nana berkata, sebagai alternatif bagi mendoakan kesejahteraan penyanyi itu, majlis bacaan Yassin diadakan tengahari ini yang dipimpin oleh Imam Muda Asyraf.

” Ini adalah inisiatif kami sebagai rakan-rakan untuk pinjamkan kekuatan kepada Sarah dan juga bayi di dalam kndungannya.

” InsyaAllah, Allah akan mendengar rintihan dan permintaan kita,” katanya.

Pada pagi hari ini, Siti Sarah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (lCU) Hspital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), di sini, akibat tahap oksig.en tidak stabil.

Perkara ini dimaklumkan oleh suaminya pelawak Shuib yang memberitahu, keadaan Siti Sarah juga tidak berapa baik selain memohon doa kesembuhan isteri dan bayi dalam kndungan.

” Assalammualaikum salam Jumaat semua. Pagi tadi isteri saya dimasukkan ke lCU disebabkan oksig.en yang tak berapa stabil dan keadaan dia yang tak berapa baik.

” Saya mohon di hari baik hari Jumaat, doakan Sarah dan anak dalam kndungan.

” Semoga dipermudahkan urusan dan semoga Allah berikan kekuatan untuk mereka. Semoga Allah merahmati kita semua, amin,” kata Shuib.

Status terakhir Siti Sarah sebelum ditidurkan

Sementara itu, menerusi semakan di Instagram, Siti Sarah dilihat sempat memuatnaik beberapa perkongsian beberapa jam sebelum ditidurkan.

Menerusi perkongsian di InstaStory, Siti Sarah berkongsi petikan ayat suci Al-Quran surah Al-Fatihah, Al-Ikhlas dan ayat Kursi.

Siti Sarah turut berkongsi bacaan syahdu Selawat yang mengusik perasaan sesiapa sahaja yang mendengarnya.

Manakala di ruangan status, Sarah memuatnaik (repost) kata-kata suaminya, Shuib yang meminta orang ramai mendoakan beliau.

” Doakan Sarah dan baby, terima kasih semua.

” Assalammualaikum semua,,,sy mohon doakan isteri saya Siti Sarah Bt Raisuddin.. doakan semoga dia dan anak dalam kandungan diberi kesihatan kembali dan dipermudahkan segala urusan.

” Allah maha segalanya..” repost oleh Sarah.

Ini kata kata doktor

Syukur Keadaan Terkini Siti Sarah

Kesyukuran tidak henti-henti dipanjatkan pelawak dan usahawan Shuib Sepahtu apabila doktor memaklumkan keadaan isterinya, Siti Sarah Raisuddin semakin stabil.

Bahkan, perkembangan positif yang ditunjukkan Siti Sarah, 36, amat-amat menggembirakan Shuib.

Ini kerana sebelum ini dia mengakui hampir putus asa terhadap keadaan isteri kesayangannya itu.

Menurut Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad, setakat pukul 6 petang Sabtu, kadar oksigen Siti Sarah sudah mencecah paras 85 berbanding paling rendah sebanyak 40 pada pukul 11 malam Jumaat.

Sedangkan kadar ideal oksigen bagi manusia ialah melebihi 95 peratus.

“Allah maha baik. Allah bantu saya dan Siti Sarah dengan memberikan rahmatNya, dihadirkan ramai orang berdoa, membaca Yassin dan mengadakan solat hajat tanya henti.

“Berkat kebaikan semua orang pada isteri saya itu, Allah hadirkan keajaiban buat saya. Keajaiban itu berlaku di depan mata saya.

Saya amat-amat bersyukur dan menginsafi kebaikan Allah buat saya dan isteri,”

Kata Shuib ketika berkongsi perkembangan terkini Siti Sarah dalam sesi bacaan Yassin dan doa selamat menerusi aplikasi Zoom sebentar tadi yang disertai oleh 157 kenalan pasangan itu.

Selepas berhari-hari melalui detik-detik yang sukar sehingga tidak lelap tidur serta hilang selera makan, Shuib mengakui, keajaiban yang Allah hadirkan dalam tempoh 24 jam lalu telah mengembalikan semangat serta senyumannya.

“Di sebalik uijan ada kemanisan yang Allah berikan.

Saya sangat beremosi dan terlalu seronok melihat keprihatinan rakan-rakan kami yang saling berganti menghadiahkan bacaan Yassin, solat hajat serta doa yang tidak putus-putus buat Siti Sarah serta anak kami.

“Saya seperti mendapat semangat baharu. Terima kasih kepada semua yang tidak putus-putus mendoakan kesembuhan buat Siti Sarah, hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya,” kata Shuib

Sumber Hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published.