Semasa

Wanita Pek4k dan Bisv Sebak Bila Staf di Kaunter Drive-Thru Taknak Ambil Order

Orang Kelainan Upaya (0KU) biasanya akan mengalami sedikit kesukaran dalam melakukan aktiviti harian.

Namun begitu, ia bukanlah satu halangan buat mereka kerana sudah terbiasa melakukan extra usaha agar dapat bertindak sama seperti manusia normal.

Akan tetapi, ada beberapa kekangan yang mereka perlu meminta pertolongan daripada orang sekeliling bagi memudahkan urusan.

Hal ini samalah seperti perkongsian seorang wanita 0KU kategori pekak dan bisu apabila mengalami kesukaran ketika berada di kaunter drive-thru sebuah restoran makanan segera.

Dalam muat naik video yang dibuat @aira_meor, dia telah menzahirkan rasa kecewa apabila haknya diketepikan ketika mahu membuat pesanan.

Menurutnya, dia berasa kecewa kerana sebelum ini dia pernah membuat pesanan melalui drive-thru juga dan dilayan dengan baik oleh staf bertugas.

Memang ramai yang lalui pengalaman sama

Namun untuk kali kedua, dia melakukan hal sama di lokasi yang sama tetapi staf tidak dapat membantu walaupun sudah menunjukkan menu yang ingin dipesan.

Lebih menyedihkan, dia perlu ke kaunter di dalam restoran tersebut untuk membuat pesanan.

Berasa haknya dinafikan, dia tidak masuk semula ke restoran itu kerana benar-benarkecewa.

Jadi, dia menyarankan agar restoran makanan segera tersebut menaiktaraf perkhidmatan agar ‘mesra 0KU’ sepertinya kerana ia sangat menyusahkan mereka yang pekak dan bisu ketika mahu membuat drive-thru.

Wanita berkenaan juga dilihat sebak ketika menceritakan kejadian tersebut dan videonya juga telah dikongsikan di media sosial yang lain seperti Twitter sehingga mendapat perhatian ramai.

Malaysia memang masih kurang alert dengan OKU

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen menyokong wanita 0KU itu.

Dan setuju dengan saranannya supaya pihak restoran menaiktarafkan kemudahan buat golongan seperti mereka.

Pihak restoran dah beri respon

Walau bagaimanapun, pihak restoran makanan segera itu telah memohon maaf diatas insiden yang terjadi kepada @aira_meor.

Pihak mereka berjanji akan mengambil tindakan untuk perkara tersebut.

Pengguna TikTok itu juga turut mengucapkan terima kasih kepada warganet diatas sokongan dan berharap agar bahasa isyarat diajar di sekolah pada masa hadapan.

Sumber: TikTok @aira_meor

Leave a Reply

Your email address will not be published.