Semasa

Setahun DiIanda Kontroversi Sekz Luar Tabii, Mengejutkan Lihat Keadaan Dai Syed Sekarang

SETAHUN berdepan tuduhan melakukan aktiviti sks luar tabii dan mencabvI seorang penuntut kolej swasta.

Ia telah membuatkan pendakwah bebas Da’i Syed Iqmal mengalami tekanan perasaan.

Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful bagaimanapun bersyukur masalah mental dan kemurungan yang dialami dapat dikawal dengan baik.

Menurut Syed yang juga seorang penyanyi, dia banyak menghabiskan masa bersama keluarga untuk memastikan kesihatan mentalnya berada dalam keadaan baik.

“Kadang-kadang ada juga terasa ‘down’, nak cakap depression itu, ada juga. Ada juga tekanan perasaan… manusia kan.

Syed 1

“Alhamdulillah, ada orang beri semangat dan doakan saya. Atas asbab mereka mendoakan saya, saya jadi fokus pada kerja saya.

“Tengok apa yang boleh buat, aktiviti dan bercuti dengan keluarga. Banyakkan masa dengan keluarga. Maka disebabkan itu, tiada depress dan tekanan,” katanya kepada mStar.

Penyanyi lagu Ya Habib itu ditemui bersama peguamnya di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya, Selangor pada Jumaat.

Dalam pada itu, Syed berkata dia sudah melakukan persediaan dari segi mental dan fizikal untuk dibicarakan di mahkamah pada Februari tahun hadapan.

Syed turut mengakui sepanjang setahun ‘turun naik’ mahkamah berhubung kes itu membuatkan hatinya berdebar.

“Saya memang sudah siap sedia untuk dibicarakan dengan izin Tuhan… InsyaAllah. Sebab kes ini pun dah lebih kurang setahun.

“Selama setahun, mendebarkan… siapa pernah masuk mahkamah memang akan rasa takut dan berdebar. Kita memang hadir untuk beri kerjasama.

“Debar… takut sebab aura mahkamah memang dahsyat la. Saya nak selesaikan cepat, beri kerjasama pada pihak mahkamah untuk selesaikan bicara tersebut,” ujarnya.

Sementara itu, peguam yang mewakili Syed iaitu Syed Amirul Syed Edros berkongsi tarikh perbicaraan kes yang akan diadakan di Mahkamah Shah Alam dan Petaling Jaya.

“Perbicaraan di Shah Alam akan diadakan pada 8, 9, 10, 11 dan sambung pada 14 Februari tahun hadapan. Di Shah Alam juga, akan ada perbicaraan pada 14 dan 15 April.

“Selesai perbicaraan di Shah Alam, kita akan sambung pada 18 sehingga 29 April di Petaling Jaya pula. Mahkamah tentukan selama 10 hari sebab ada tujuh orang saksi.

Syed 2

Syed bersama peguam yang mewakilinya.

“Kita pun tak boleh jangka dalam satu hari satu saksi. Kadang-kadang dua hari satu saksi,” katanya.

Untuk rekod, pada 10 Disember tahun lalu, Syed, 27, mengaku tidak bersalah di dua mahkamah berasingan atas pertuduhan melakukan sks oral, mencabvl dan merogo dua wanita pada September dan Oktober dua tahun lalu.

Di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, Syed Shah Iqmal didakwa atas pertuduhan melakukan persetvbuhan yang bertentangan dengan aturan tabii terhadap seorang wanita yang juga penuntut kolej swasta berusia 22 tahun.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Damansara Perdana antara pukul 3 pagi hingga 4 pagi pada 17 Oktober 2020 dan pendakwaan dikemukakan mengikut Sksyen 377B Kanun Kesksaan.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pendakwah tersebut didakwa atas pertuduhan menggunakan kekerasan jnayah terhadap mngsa sama dengan maksud hendak mencabvI kehormatannya di tempat, waktu dan tarikh yang sama mengikut Sksyen 354 Kanun Kesksaan.

mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published.