Semasa

Teman Anak² Tonton Filem Dewasa, Yuni Shara Akui Dia Terpaksa Pura² Nikmati Hubungan KeIamin Akibat Trauma

Baru-baru ini penyanyi tersohor Indonesia, Yuni Shara membuat pengakuan berani apabila mengenai kisah rumah tangganya bersama bekas suami, Raymond Manthey dalam sebuah program podcast bersama Deddy Corbuzier.

“Kawan saya pernah bawa saya berjumpa doktor kerana pada waktu itu saya trauma dengan lelaki.

Saya juga berdoa agar tidak dipertemukan dengan bekas suami dan Alhamdulillah, sudah 25 tahun saya tak berjumpa dengannya,”luah Yuni.

Yuni Shara juga mendedahkan dia mengamalkan pola pengasuhan terbuka kepada anak-anaknya dan ia turut merangkumi aspek pendidikan sks.

Menurut Yuni, anak-anaknya, Cavin Obrient Salomo Siahaan dan Cello Obient Siahaan masing-masing telah menginjak ke usia 20 dan 17 tahun.

Sebagai seorang ibu, dia sedar ada kala tidak mampu melarang semua perkara pada setiap masa.

“Anak-anak kita tidak mungkin tidak menonton filem elemen dewasa. Tak kisahlah menerusi tontonan anime atau apa sekali pun. Jadi, daripada kita melarang-larang, kita jadi teman mereka saja sambil memantau.

“Ada ketika anak-anak memprotes. Tapi saya akan cuba menjadi seperti teman mereka. Saya lebih suka mendidik mereka secara santai dan tidak terlalu menekan,”katanya dalam satu kenyataan di media Indonesia, semalam.

Selain itu, kata Yuni lagi, sudah tentu pada waktu tertentu anak-anak akan merasa kekok apabila ibu ada di sisi tetapi bagi Yuni, ibu bapa juga wajar terbuka apabila menyentuh mengenai pendidikan sks yang biasanya dianggap tabu dalam kalangan masyarakat.

Dalam pada itu, ditanya jika dia menyimpan hasrat untuk berkahwin lagi selepas hidup menjanda selama 13 tahun, kakak penyanyi Kris Dayanti ini menolak untuk berbuat demikian.

“Saya selesa bersama anak-anak, biarlah tidak berkahwin lagi. Tetapi syukur kerana anak-anak sebenarnya tidak pernah menghalang jika saya mahu berkahwin atau punya pasangan lain. Tetapi ada pula syaratnya.

“Syaratnya, mereka mahu usia lebih tua barulah saya boleh berkahwin,”katanya.

Cavin dan Cello merupakan anak hasil perkahwinannya dengan bekas suami, Henry Siahaan yang mana, setelah 12 tahun hidup sebagai suami isteri, kedua-duanya membuat keputusan untuk bercerai pada 17 Jun 2008.

Sebelum Henry, Yuni juga pernah mendirikan rumah tangga bersama seorang lelaki bernama Raymond Manthey namun perkahwinan itu cuma mampu bertahan selama 4 bulan sahaja.

Sumber: Suara.com

Leave a Reply

Your email address will not be published.