Semasa

Kerap Tak Balik bg Alasan Kerja, Suami Kantoi Berduaan Dgn Rakan Sekerja Sedang Lakukan Perkara Ini

Setiap pasangan yang sudah berkahwin pasti mengimpikan perhubungan yang kekal hingga selama-lamanya.

Tetapi tidak semua pasangan berpeluang mengecapi kebahagiaan yang dibina hanya kerana kehadiran orang ketiga.

Baru-baru ini viral satu kisah di media sosial mengenai pengalaman pahit yang dilalui seorang wanita apabila rumah tangganya dilanda badai kerana si suami dikatakan berlaku cvrang.

Wanita yang dikenali dengan nama Miftahul Jannah ini mengakui berasa kurang senang selepas si suami tidak pulang ke rumah.

Bukan itu sahaja, lokasi si suami pada ketika itu yang berada di hotel membuatkan wanita ini lebih curiga.

Berikutan daripada itu, Miftahul menuju ke lokasi tersebut dan alangkah terkejutnya apabila melihat kereta si suami berada di hadapan hotel terbabit.

Wanita ini kemudian menunggu dan tidak lama selepas itu dia melihat si suami keluar dari kenderaan lain bersama seorang wanita yang juga merupakan rakan sekerjanya.

Miftahul kemudian mendekati mereka dan wanita terbabit menafikan bahawa dia dan lelaki berkenaan tidur sebilik selain mahu memberikan bukti rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Menerusi perkongsian lain, ada pihak meminta Miftahul untuk membuat permohonan maaf kerana sudah menyebarkan video berkenaan.

Dan ianya secara tidak langsung memalukan wanita terbabit.

Namun, Miftahul seakan tidak bersetuju selain mempersoalkan adakah wajar dia meminta maaf sedangkan dirinya adalah mangsa dan wanita berkenaan adalah ‘dalang’ yang merosakkan rumah tangganya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen mengakui geram dengan perkongsian berkenaan.

Malah tidak kurang ada di antara mereka bersetuju dengan tindakan Miftahul melaporkan perkara itu kepada pihak berwajib.

Tonton Video

Sumber: TikTok, Instagram Miftahul Jannah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *