Semasa

Dikecam Netizen Sbb Ingin Jadi lbu Susuan Anak Shuib, Sekali Kenyataan Syatilla Mengejutkan Semua

Pelawak dan usahawan Shuib, 36, akui sudah mula terfikir bagaimana untuk menjaga anak-anaknya.

Terutamanya bayi Ayash Affan selepas kehilangan isteri tercinta, Allahyarham penyanyi Siti Sarah.

Akui Shuib, dia termenung memikirkan susu apa yang akan diminum bayinya sejurus dibenarkan pulang ke rumah.

Katanya lagi, arwah isterinya juga pernah menyuarakan hasrat mahu dirinya yang menjaga anak bongsu mereka.

“Pagi tadi bangun tidur… termenung kejap. Terfikir kalau baby dah balik rumah, dia nak minum susu macam mana.

Teringat kata-kata arwah… dia suruh saya yang jaga baby sebab tak nak bersengkang mata.”

Shuib akan bawa telekung bersama

“Sebab tiga orang anak kami, memang dia yang banyak jaga. Masa itu terfikir kalau tak larat, dia masih ada.

Tapi rupa-rupanya memang betul saya kena jaga seorang diri. Memang fasal susu ini buat saya termenung juga.

Sebab sekarang doktor kata baby minum susu tepung tapi kalau ada susu ibu, boleh bawa ke hospital. Itu dah soalan cepumas… susu siapa pula nak bagi.

Ramai orang yang tawarkan termasuk Samtilla (Syatilla) pun ada.

Bila fikir balik, kena juga tahu orang itu minum apa… nanti jadi ibu susuan. Saya tak tahu sangat, nak kena tanya ustaz dahulu.”

Shuib akan bawa telekung bersama

Dalam pada itu, Shuib menyatakan pegawai perubatan akan berusaha untuk mendapatkan gambar dan video anaknya untuk ditatap.

Ia memandangkan keadaan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), berisiko tinggi Covid-19.

“Sepatutnya hari ini dapat berjumpa tapi lebih kurang 11 pagi tadi pengarah HCTM hubungi saya beritahu kata dah berbincang dengan doktor lain…

Keadaan di sana tidak sesuai sekarang sebab risiko Covid-19 tinggi.

Untuk lebih selamat, dia terpaksa tunda lagi. Tapi dia tetap akan cuba dapatkan gambar dan video baby.

Anak-anak pun dah tanya bila dapat tengok, saya lagi la nak tengok baby.

Alhamdulillah keadaan dia stabil dan berat dia pun dah lebih 1.8 kilogram.

Cuma waktu sekarang tidak sesuai untuk ambil gambar, doktor bimbang saya akan sedih.

Tapi doktor akan cuba untuk ambil gambar baby. Insya-Allah dalam sebulan lebih lagi, baby mungkin akan balik ke rumah lagi.”

Majlis bacaan tahlil secara maya hari ketiga buat Siti Sarah yang diketui oleh Ustaz Fakhrul UNIC dan bacaan doa daripada Ustaz Tarmizi Abdul Rahman diikuti tazkirah oleh Ustaz Shahrizan.

Ramai yang Mengata, Akhirnya Syatilla Berkongsi Perbualan Whatsapp.

Ini antara conversation tilla dgn shuib semasa arwah kak sarah masih bertarung di icu

mungkin ada sikit kekeliruan sesetengah pihak, insyaallah lepas ni dh boleh clear dah 

Ya allah kau sihatkan lah anak soleh mereka ya allah

Jdikan anak2 mereka, anak2 yg taat yang senang hati dan jiwanya mempelajari islam ya allahamin ya rab

Sebenarnya bukan Syatilla yang mahu jadi ibu susuan yang mengelirukan ramai pihak. Tetapi ada kawan beliau yang baru lepas pantang dan mempunyai stok susu ibu yang banyak. 

Shuib tengah fikirkan siapa bakal jadi ibu susuan Ayash Affan, sekali Ustaz tampil dengan nasihat ini

“Ustaz saran Shuib pilih wanita akhlak baik jadi ibu susuan Ayash Affan

“Carilah mana-mana wanita (Islam) pun asalkan akhlaknya baik,” demikian nasihat penceramah bebas Haslin Baharim kepada Shuib berhubung ‘khasiat’ ibu susuan untuk bayinya.

Haslin berkata demikian selepas ahli perniagaan, pelawak juga pelakon itu menyatakan kebimbangannya.

Ini untuk menguruskan dan menyediakan keperluan makanan untuk Ayash Affan yang dilahirkan allahyarham Siti Sarah pada 6 Ogos lalu.

Haslin turut berpesan agar Shuib memilih wanita yang bersedia lebih awal untuk memberi susu kepada Ayash Affan.

Ianya sekurang-kurang lima kali kenyang sebagai syarat sah mengiktiraf wanita itu sebagai ibu susuan bayinya.

“Jika boleh, minta perkenan daripada suami wanita itu juga.

“Pastikan bayi diberi susu sekurang-kurangnya lima kali kenyang dan tak ada khilaf, maka termeterailah secara automatik dia sebagai ibu susuan,”

Katanya selepas selesai majlis bacaan Yassin dan tahlil buat allahyarham Siti Sarah malam tadi.

Menurutnya, Shuib juga harus menitikberatkan soal mahram antara tiga lagi adik-beradik Ayash Affan dengan wanita yang bakal menjadi ibu susuan bayinya itu nanti.

Shuib berkata, dia digalakkan oleh doktor untuk mempertimbangkan pemberian susu badan dari wanita lain bagi membantu tumbesaran bayinya itu.

Meskipun belum membuat sebarang keputusan, pemilik nama penuh Shahmira Muhamad, itu mengakui ramai wanita sudah menyatakan kesanggupan mereka untuk menjadi ibu susuan Ayash Affan buat ketika ini.

Antara komen-komen netizen

Siap ada yang kata kalau boleh jangan bagi susu artis. Harey apoo. Bukan ada beza pun. Ingat artis ni kucing agaknya dia tak kasi bagi susu artis

YaAllah, semoga dipermudahkan segala urusan. Bagus Tilla permudahkan urusan orang, In Sha Allah tiba masa Allah pulak permudahkan urusan Tilla

Bg sy biar la shuib amik di kalangan rakan artis yg dia kenal berbanding org luar yg dia xkenal jika antara saudara mara xad kn..

Sekurang nye shuib kenal depa..igt artis ni xad susu ke..minta lisa surihani ke.tilla,isteri jep ke sariyanti.

Alhamdulillah bleh jd ibu susuan… Syeriv n mima jd adik beradik susuan… Semoga dirahmati Allah hendaknya

Cari ahli keluarga tdekat.. klau xde cari kenalan rapat.. ibu susuan ni akan buat ikatan keluarga baru.. sari yanti mgkin sesuai sbb kenalan rapat arwah ibu bayi tsebut..

Semoga dipermudahkan. Dok pk mcm mana lah tilla nk jd ibu ssuan sbb ank ank dah bsar kan.

Alhamdulillah, terbaik tilla dok fkir cmni jugak, better bg ssu dri ibu yg bru lahirkan baby sama ada dlm pantang atau habis pantang sbb khsiat ssu tu sndri ssuai utk umur baby.

Alhamdulillah ada rezeki kawan baik tilla untuk dikongsi. Semoga dipermudahkan urusan Tilla, kawan Tilla & Shuib sekeluarga

Shuib Tak Akan Basuh Telekung Kegemaran Siti Sarah

Shuib akui yang dia tidak akan basuh telekung kegemaran arwah isterinya, Siti Sarah untuk selama-lamanya kerana ia menjadi pengubat rindu buatnya.

Shuib akan bawa telekung bersama

Walaupun jasad isterinya sudah tiada, hanya barang-barang peribadi termasuklah telekung berwarna putih yang sering dipakai oleh arwah isteri menjadi peninggalan yang amat berharga untuknya.

“Ini adalah telekung yang paling digemarinya. Jadi memang tak akan dibasuh.

Dia jarang pakai telekung lain. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya ada peninggalannya. Allahuakbar.

InsyaAllah, telekung ini akan selalu mengikut (saya) ke mana-mana.”

Dalam pada itu, pelawak berusia 37 tahun ini turut memberitahu bahawa kehilangan isterinya bagaikan mimpi tetapi dia sudah mula untuk menghadapi realiti pahit berkenaan.

“Apabila saya bangun dan turun ke tingkat bawah, saya sedar semua ini bukan mimpi. Dia (Sarah) sudah tiada.”

Shuib akan bawa telekung bersama

Ujarnya lagi, dia menyifatkan anak keempatnya, Ayash Affan sebagai hadiah yang paling berharga daripada arwah Siti Sarah.

“Dia memilih nama dan tarikh bersalin pada 30 September, namun dia menggadaikan nyawa melahirkan tanpa melihat wajah zuriat kami.”

Majlis Tahlil dan bacaan doa selamat yang diadakan secara maya itu dihadiri hampir 600 orang turut disertai Timbalan Perdana Menteri, Datuk Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah.

Siti Sarah Sempat Dermakan Kesemua Tudung Sebelum ‘Tidur’

Menurut pengurusnya, Nana Mohamad Rom memberitahu arwah Siti Sarah sempat memindahkan sejumlah wang kepada ibu tirinya.

Ini untuk disedekahkan kepada pihak yang memerlukan sebelum bergerak ke Hospital Canselor Tuanku Mukhriz UKM (HCTM).

Katanya lagi, dia juga ada meminta pembantunya untuk mengagihkan produk tudung miliknya kepada jururawat yang bertugas di hospital tersebut.

“Dia paling suka menderma, selalu menderma sana sini… kalau ada orang mesej di Instagram perlukan bantuan dia akan bantu.

Tapi Sarah tak suka orang tahu dan tak mahu bercerita.

Yang terbaharu, sebelum dia memasuki ambulans untuk ke hospital, dia pindahkan wang kepada ibu tirinya untuk disedekahkan.

Sebelum ditidurkan, dia ada minta pembantunya untuk ambil semua produk tudung untuk disumbangkan kepada jururawat di hospital itu.”

Shuib akan bawa telekung bersama

Ketika ditanya sama ada Siti Sarah menghidap penyakit serius, Nana menyatakan pelantun lagu Kesetiaan itu seorang yang menjaga pemakanan.

Malah katanya, sepanjang tempoh kuarantin di rumah, Siti Sarah berada dalam keadaan sihat namun pada hari kelapan arwah mula mengalami batuk.

“Dia tak ada sebarang penyakit.. dia sangat menjaga pemakanan, semasa kuarantin dia selalu dapatkan rujukan doktor peribadi.

Sepanjang tempoh kuarantin di rumah, memang saya telefon setiap hari. Dia kata keadaan dia okey sahaja dan minta saya jangan risau.

Tapi pada hari kelapan, dia beritahu kena pergi hospital sebab oksigen drop, ketika itu dia mula ada simptom batuk-batuk.

Dia fikir itu gejala biasa sebab tinggal dua hari lagi untuk potong gelang.”

Terdahulu, Siti Sarah telah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM) akibat pandemik COVD-19, jam 5.13 pagi Isnin.

Siti Sarah terpaksa ditidurkan dan melahirkan bayi lelaki, Ayash Affan melalui pembedahan tanpa sedar, jam 5 petang pada Jumaat.

Pada hari sama, paras oksigen jatuh sehingga 40 peratus, kemudiannya meningkat 77 peratus pada jam 2 pagi.

Dan terus menunjukkan perkembangan positif meningkat sehingga 85 peratus kelmarin.

Namun pada Ahad malam Shuib memberitahu keadaan Siti Sarah kembali kritikal selepas menurun 40 peratus.

Siti Sarah sekeluarga disahkan positif Cvid-19 sejak 25 Julai lalu selepas mereka menjalani ujian saringan apabila pembantu rumah disahkan positif wabak itu.

Siti Sarah dan Shuib berkahwin pada 2011 dan mendapat tiga cahaya mata lain iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.

Sumber: Instagram @sitisarahraissuddin@samtilla, Kosmo

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Leave a Reply

Your email address will not be published.