Semasa

lbu HamiI Dihadapakan Ke Mahkamah Gara² Tinggalkan Tiga Anak yg Masih Kecil Tanpa Jagaan

Melaka: Seorang pembantu am sekolah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, di sini, hari ini atas dua pertuduhan mengabaikan tiga anak kandungnya sehingga berisiko mendatangkan kecederaan tahun lalu.

RAKAMAN ADA DI BAWAH SEKALI

Tertuduh, Masanizah Roslan, 40, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa di hadapan Hakim Nariman Badruddin.

Bagaimanapun, tertuduh yang sedang hamil dan tidak diwakili peguam merayu jumlah jaminan dikurangkan kerana mengalami alahan selain bergaji kecil.

Hakim kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 bagi semua pertuduhan dengan seorang penjamin.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 12 September depan untuk bagi serahan dokumen serta lantikan peguam bela.

Antara Reaksi Netizen :

“Wanita ini sepatutnya dibantu, bukan dihukum. Harap selain keadilan ditegakkan, harus disertai empathy, ehsan.

Ramai ibu tunggal tak ada pilihan, mereka terpaksa keluar berkerja atau atas urusan di luar meninggalkan anak-anak kecil di rumah.” – Sabri Yaacob

“Budaya hukuman vs budaya solusi. Harapnya JKM atau NGO menghantar wakil untuk menyelesaikan masalah kakak ini membesarkan anak-anaknya. Jangan menghukum sekadar menghukum. Empati. Bantu cari solusi.” – Irwan Sanei

“Harap YA cari punca masalah,jgn terus jatuh hukuman kepada ibu semata2 dimana bapa kandungnya dan semak latar belakang kes supaya benar2 adil dan saksama…sekadar pandangan” – Tahir

“Knapa ibu je yg didakwa..tgglkan anak2 tuk berkje..suaminya mana

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa dengan cuai meninggalkan tiga anaknya berusia 11 tahun, 8 tahun dan 6 tahun tanpa jagaan yang mungkin akan menyebabkan mereka mengalami kecederaan fizikal dan emosi.” – Nia Firdani

“Sedih la zaman skrg ni, si ibu dgn mudah di dakwa walhal tak de seorg ibu sanggup tinggal kan ank di ruma klu tak kerana mencari rezeki demi kelangsungan hidup. Sepatutnya bantu si ibu, cari jln mcmmana nk uruskan ank2 supaya tak terbiar. Jgn la hukum dia… Kesian kt ank2 tu. Mengandung lagi, perit nya. Moga Allah permudahkan segala urusan si ibu. Aaminn” – Zaeidah Amir

Sumber HM

Leave a Reply

Your email address will not be published.