Semasa

Kepala Kena Hentak Dgn Meja dan Kerusi Kayu Oleh Rakan² Sekelas, Pelajar DibuIi Ini Akhirnya Dapat Pembelaan

Gejala buIi atau vandaIisme merupakan antara masalah yang paling sukar untuk dibendung sejak dari dulu lagi dan ramai di kalangan mereka menganggap dengan membuli pelajar, merekalah yang paling ‘jaguh’ di sekolah tersebut.

Akan tetapi mereka haruslah ingat bahawa hidup ini ibarat putaran roda dan pada bila-bila masa sahaja, tindakan mereka sendiri akan memakan diri seperti yang berlaku kepada sekumpulan pelajar ini.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari mengatakan tangapan tersebut dilakukan antara pukul 12.30 tengah hari hingga 3 petang tadi.

Dan ia membabitkan beberapa lokasi termasuk sekolah serta kediaman pelajar terlibat.

Kata Shariman, kesemua suspek yang ditahan adalah berusia 16 tahun dan merupakan pelajar Tingkatan Empat di SMK Tunku Putra Langkawi, Kedah.

“Setakat ini, kita dapati hanya 14 pelajar itu saja yang terlibat dalam insiden tersebut.

 Lima daripada yang ditahan merupakan rakan sekelas mangsa manakala sembilan lagi daripada kelas berlainan.”katanya.

Untuk makluman, pihak polis mengesahkan kejadian tersebut berlaku adalah berpunca daripada perselisihan faham sesama mereka.

Sumber: MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published.