Semasa

Sarankan lstri yg Dipvkul Suami Perlu Diamkan Diri, Ustzah Terkenal lni Mohon Maaf

Perkongsian video pendakwah bebas terkenal di laman TikToknya telah mengundang kecaman wargamaya.

Ia berikutan kenyataan yang dikeluarkan olehnya tidak dapat diterima oleh kebanyakkan pengikutnya.

Rakaman Video ada di Bawah Sekali

Suruh Isteri Diamkan Diri Walaupun Dipuk Suami

“Si ibu tanya kepada si anak kenapa dengan kamu? Kenapa kamu nangis mata sampai sembab begitu kenapa?

Si anak menjelaskan ibu ayah Ya Allah saya tadi berdoa kepada Allah.

Saya rindu kepada ibu ayah dan sudah lama tidak berjumpa. Saya menangis kerana rindu kepada ibu ayah.

Lalu Allah makbulkan doa saya dan terharu lalu menangis.”

Si suami dari jauh ketika itu ‘terkejut’ dengan respon yang diberikan oleh isterinya.

Sedangkan wanita berkenaan boleh mengadu kepada kedua ibu bapanya tentang apa yang terjadi namun mengambil keputusan sebaliknya.

Di akhir video tersebut, Ustazah Oki Setiana Dewi memberikan pesanan supaya tidak menceritakan apa yang telah terjadi.

Dan perkara tersebut secara tidak langsung akan memburuk-burukkan pasangan sendiri.

“Menyimpan aib sendiri ya Allah luar biasa makin sayang dan cintalah suami tersebut.

Jadi tak perlu cerita-cerita, sekiranya membuat kita memburuk-burukkan pasangan kita sendiri.”

Suruh Isteri Diamkan Diri Walaupun Dipuk Suami

Suruh Isteri Diamkan Diri Walaupun Dipuk Suami

Suruh Isteri Diamkan Diri Walaupun Dipuk Suami

Suruh Isteri Diamkan Diri Walaupun Dipuk Suami

Suruh Isteri Diamkan Diri Walaupun Dipuk Suami

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dikatakan kurang bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ustazah Oki Setiana Dewi.

Dan menjelaskan keganasan yang berlaku perlu dilaporkan kepada pihak berkuasa.

Bukan itu sahaja, mereka turut akui ‘terkejut’ dengan kenyataan tersebut dan mempersoalkan kredibiliti Oki selaku pendakwah yang disegani ramai.

Pendakwah bebas Ustazah Oki Setiana Dewi dikecam teruk selepas didakwa mengeluarkan kenyataan menormalisasi keganasan rumah tangga.

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Oki tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.

Katanya, rakaman ceramah yang viral di media sosial itu diberikannya sekitar dua atau tiga tahun lalu. Tegas Oki, dia tidak menyokong tetapi menentang kekerasan dalam rumah tangga.

“Assalamualaikum sahabat semua, kelmarin saya mendapat mesej dari beberapa teman mengenai potongan ceramah saya dua atau tiga tahun lalu.

Terima kasih atas perhatian dan kasih sayangnya. Sudah tentu saya sangat menolak kekerasan dalam rumah tangga.

Mohon maaf atas kesalahan dalam menyampaikan dan semoga Allah mengampuni saya dalam setiap kesalahan-kesalahan saya.”

Dalam pada itu, selebriti terkenal ini juga menyatakan dia akan lebih berhati-hati dalam memberi syarahan di samping memperbaiki diri demi kebaikan di masa kelak.

Mohon doa agar Allah membimbing setiap ucapan hingga ke depannya mendatangkan maslahat.

Insya-Allah saya akan terus belajar, memperbaiki diri dan menyampaikan dengan lebih baik di masa hadapan. Mohon bimbingan juga daripada semua sahabat.

Video permohonan maaf boleh tengok KLIK DISINI

 

Sumber: Instagram @okisetianadewi

Leave a Reply

Your email address will not be published.