Semasa

(Video) Dah Macam Besi Buruk, Keadaan Kereta ‘Hancur’ Lepas 11 Hari Banjir Di Bentong

Seperti yang kita tahu, beberapa negeri di Semenanjung Malaysia pada minggu lalu dikejutkan dengan banjir yang teruk berpunca daripada luruan monsun yang membawa taburan hujan yang sangat tinggi.

Air yang naik dengan begitu pantas menyebabkan sebahagian besar mangsa banjir ini tidak dapat menyelamatkan harta benda mereka termasuk kenderaan. Lebih parah, ada yang tinggai sehelai sepinggang dek kerana rumah mereka dihanyutkan air deras.

Lelaki di dalam video yang dipercayai pemilik kenderaan, dilihat sempat mengutip plat nombor dan lambang Proton yang telah tercabut dari kereta sekaligus mengundang rasa sayu warganet.

Rata-ratanya mendoakan agar pemilik kenderaan untuk tabah menghadapi ujian yang berat ini.

 

 

Sumber: tiktok @aimanxkesah92

Leave a Reply

Your email address will not be published.